7 Tips Dapatkan Selfie Sempurna Seperti Si Cantik Miss A Suzy

Foto - kpopfashionista.tumblr.com
Okay rasanya semua orang sukakan selfie, tak kiralah lelaki atau perempuan, tua atau muda, asalkan dapat pencahayaan yang betul malah lokasi yang menarik, apa lagi klik terus. Walaubagaimanapun, tak semua selfie yang diambil itu menarik apatah lagi sempurna, kan?
Kalau bercakap tentang selfie, siapa agaknya selebriti yang boleh dianggap ‘gila selfie’? Nora Danish? G Dragon? Miss A Suzy? Kylie Jenner? Kalau anda follow Miss A Suzy di laman Instagram (@skuukzky), pasti anda perasan pelakon dan penyanyi ini enjoymengambil selfie, selfie yang sama tetapi berlainan sudut dan kesemuanya sempurna. Ala, mungkin ramai yang cakap memanglah sempurna sebab Suzy salah seorang wanita tercantik di Korea Selatan, tapi tak salahkan kalau nak tiru gaya Suzy.
Agaknya apa rahsia Suzy? Ini jawapannya!
#Natural Beauty/Innocent

Lakukan ekspresi wajah seperti innocent (muka tidak bersalah), akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang pelakon korea. Bahkan dengan rambut ikal mayang dan solekan natural, anda nampak real sekali.
#Pencahayaan

Ini satu lagi teknik penting untuk mengambil selfie sempurna. Kalau pencahayaan buruk maka buruklah selfie! Yeke? Gunakan cahaya yang terang atau menapis gambar dengan kesan lampu untuk menyembunyikan kecacatan anda.
#Rambut

Rambut adalah rakan anda. Secara umumnya, membiarkan rambut ke bawah dan menutup tulang pipi seperti yang dilakukan Suzy ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih kecil. Anda juga boleh menyembunyikan pipi montel atau apa sahaja ciri-ciri yang anda tidak suka dengan rambut.
#Sudut

Letakkan telefon anda 45 darjah di udara dan sengetkan kepala anda. Ini akan menyerlahkan lagi ciri-ciri anda yang terbaik. Malah ianya adalah helah yang semua orang Korea tahu! Di sini, Suzy tonjolkan matanya yang besar dan bibir pada sudut 45 darjah.
#Signature Pose

Cuba cari signature pose anda. Bagi Suzy di tempat duduk bahagian belakang kereta adalah tempat terbaik untuk selfie.
#Aegyo

Ini tak semua orang mampu tapi kalau anda boleh buat aegyo, itu bonus! Apa ituaegyo? Okay, aegyo maksudnya tingkah laku yang unik, lucu, comel, menarik, nampak manja dan banyak lagi. (Anda mungkin rasa nak tampar atau muntah bila tengok orang buat aegyo depan mata) Suzy mempunyai sedikit aegyo dalam diri dan disebabkan itu Lee Min Ho tertarik dengannya.
#Yakin

Yes! Yakin itu seksi. Tak kisahlah apa jenis teknik asalkan anda yakin selfie itu menarik jadi upload sahaja.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 14, 2016
sebab retis. kalau buat cam ni, bukan instafamous, instantfamous kena taram dengan netizennn.