7 Sebab Kenapa Saya Membuat Pelaburan Dalam Private Retirement Scheme (PRS)

Kenapa saya buat pelaburan dalam prs public mutual
Image courtesy of Stuart Miles at FreeDigitalPhotos.net
PRS atau Private Retirement Scheme terbuka kepada semua Rakyat Malaysia dan juga warga asing yang berkerja di Malaysia sama ada bekerja di sektor swasta atau awam.
Pelaburan ini bersifat sukarela dan jumlah pelaburan terpulang kepada pelabur mengikut kesesuaian masing-masing.

7 Kelebihan Pelaburan dalam Private Retirement Scheme (PRS)


#1 Pelepasan Cukai
Pelaburan boleh mendapat pelepasan cukai tambahan melalui pelaburan PRS. Pelepasan maksimum ialah RM 3000, bermakna dengan pelaburan tambahan sebanya RM 250 sebulan, pelabur dapat memaksimakan pelaburan cukainya.
Contoh pengiraan cukai:
prs public mutual jimat cukai
Dengan pelaburan dalam PRS sebanyak RM 250 sebulan atau RM 3000 setahun, tuan puan dapat menjimatkan cukai sebanyak RM 720!
Kalau kita kira Return On Investment mudah ialah 720/3000 = 24%
Mudah kan?
Kerajaan kita agak bermurah hati walaupun kita selalu sakit hati. Melalui skim PRS, pelabur muda dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, kerajaan akan menambah pelaburan sebanyak RM 500 jika melabur sebanyak RM 1000.
ROI 50% ni!
Hanya sekali sahaja untuk seumur hidup. Isentif ini akan tamat pada tahun 2018 atau anda dah lebih umur 30 tahun sebelum tahun 2018.
#3 Takaful Percuma untuk pelabur PRS
Ada dana PRS yang memberi takaful percuma dengan had perlindungan mengikut jumlah pelaburan. Contohnya jika tuan/puan melabur sebanyak RM 10000, andai kata tuan/puan meninggal atau hilang upaya, maka disamping jumlah pelaburan yang sedia ada, tuan puan atau waris akan diberi RM 10000 lagi sebagai pampasan.
Berbeza dengan pelaburan dalam Tabung Haji atau ASB dimana jika perkara sama berlaku ke atas tuan/puan, maka tuan/puan atau waris hanya akan dapat jumlah pelaburan sahaja, tanpa ada manfaat takaful.
#4 PRS lebih fleksi
Pelaburan dalam Tabung Haji atau ASB misalnya bersifat ‘one fit for all’. Pelabur terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan memerlukan ‘risk-reward profile’ yang berbeza.
Contohnya, pelabur berumur 20 tahun mempunyai jangka masa pelaburan yang amat panjang berbanding dengan pelabur yang berumur 50 tahun.
Untuk tempoh masa pelaburan yang lebih panjang, pelabur sepatutnya ditawarkan untuk pelaburan yang lebih aggresif untuk pulangan yang lebih tinggi.
Manakala untuk para pesara, mereka lebih sesuai dengan Tabung Haji kerana dana ini bersifat conservatif tetapi pulangan yang lebih rendah
PRS menyediakan tiga jenis ‘core fund’. Growth, Moderate dan Conservative. Para pelabur boleh memilih dana mana yang sesuai dengan mereka.
Pelabur juga boleh menukar jenis dana seiring dengan pertambahan umur. Makin hampir dengan usia persaraan, makin banyak pelaburan dalam dana yang conservative.
#5 Mendapat Kesetian Pekerja
Para majikan boleh pilih untuk menyumbang ke dalam PRS pekerja sebagai ganjaran kecermerlangan dan dalam masa yang sama mendapat kesetian pekerja yang cemerlang.
Pilihan yang biasa ialah dengan memberikan bonus. Banyak kali berlaku pekerja meletak jawatan sejurus duit bonus sudah masuk.
Saya dapati banyak pekerja mahir atau expatriate yang bergaji lumayan diberikan bonus melalui PRS.
Caranya ialah melalui ‘Vesting Schedule’
prs public mutual unit trust vesting
Contohnya, majikan menyumbang sebanyak RM50,000 setahun ke dalam PRS pekerja bernama Mike daripada Jerman.
Maka untuk ulangtahun pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima jumlah sumbangan terkumpul adalah masing-masing RM 50k, RM 100k, RM 150k, RM 200k dan RM 250k.
Jika dia balik Jerman pada tahun kelima maka dia boleh bawak balik sebanyak 100% daripada RM 250K.
Jika selepas tahun kedua dia nak balik Jerman maka dia hanya boleh bawa balik 50% daripada RM150k = RM 75k sahaja.
Oleh itu lebih baik Mike tunggu sahaja sehingga tahun kelima.
#6 Skim Pelaburan PRS Telus
Pelaburan dalam PRS adalah telus di mana maklumat-maklumat berikut di dedahkan;
  1. Semua kos dan cas yag terlibat
  2. Mandat pelaburan yang jelas meliputi objektf pelaburan, strategy, had pelaburan yang dibenarkan dan pembahagian aset pelaburan.
  3. Prestasi dana
  4. Terbitan Laporan Tahunan
#7 Portability
Bermaksud pelabur PRS boleh menukar syarikat unit amanah yang mereka suka. Contohnya Ali melabur dalam syarikat unit amanah B, selepas setahun dia lebih berminat dengan syarikat unit amanah B, maka Ali boleh sahaja memindahkan pelaburan asal dalam B kepada A.
sumber :
  1. Public Mutual
  2. LHDN
  3. Dato’ Steve Ong, CEO Pentadbir Pencen Swasta (PPA), pentadbir pusat Skim Persaraan Swasta (PRS)

0 comment... add one now