6 Perbezaan Antara Raya Dulu Dengan Raya Sekarang! Memang Lain..



Siapa yang lahir tahun 80an dan 90an, mesti banyak kenangan Hari Raya yang tak dapat dilupakan. Memang best!
Memang budak zaman sekarang tak dapat merasai keseronokan berpuasa dan beraya ketika zaman dulu.
Kalau dulu sibuk pergi Terawih sebab nak jumpa geng-geng main mercun. Kalau masa solat dekat barisan belakang penuh budak-budak.
Sekarang ni, budak-budak mesti wajib ada telefon dekat tangan. Sibuk dengan WhatsApp, Instagramla. Kami kongsikan perbezaan Raya dulu dan Raya sekarang.

1. Kalau dulu malam raya sibuk main bunga api, sekarang nak tengok TV je. Astro wajib ada!

1

2. Kalau dulu orang hantar ucapan Hari Raya guna kad Raya, siap ada lagu raya sekali. Sekarang ni hanya dihujung jari je, itu pun kalau dapat tak reti nak balas balik. 

2

3. Dulu kalau puasa penuh akan dapat RM30, sekarang kalau puasa penuh budak-budak sanggup minta telefon baru lah.

3

4. Mak dulu-dulu wajib buat kuih Raya. Memang seronok bila dapat tolong mak buat kuih. Sekarang ‘kuih tunjuk’ je la

4

5. Dulu kalau dapat duit Raya 50 sen pun dah rasa banyak. Budak-budak sekarang dapat RM5 pun dah mengeluh

5

6. Kalau beraya rumah orang dulu, dalam fikiran hanya kuih Raya atau duit Raya. Budak sekarang datang rumah orang je mintak password WiFi!

6

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Julai 03, 2016
so true ! haaha, rindunye nk kira duit raya each time lepas dapat duit raya. takot tercicir ke. hahahah