6 Cara Elak Anak Bosan Dalam Perjalanan Jauh, Ikutilah Tips Ini!



Musim perayaan kini menghampiri dan pastinya ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Balik kampung memang menyeronokkan dan mengujakan terutamanya bagi anak-anak yang gemarkan suasana kampung masing-masing.
Ia bukanlah satu masalah sekiranya kampung anda terletak berdekatan dengan rumah anda. Namun bagaimana pula mereka yang terpaksa menempuh perjalanan jauh?
Kadangkala perjalanan mengambil masa sehingga 8 ke 13 jam untuk tiba ke destinasi bahana kesesakan yang teruk.
Menempuh perjalanan yang jauh untuk pulang berhari raya atau pada cuti sekolah sememangnya membosankan terutamanya bagi anak-anak.
Keadaan inilah yang membuatkan anak-anak cepat meradang dan pastinya akan memberontak. Namun terdapat cara untuk mengelakkan anak anda kebosanan dalam perjalanan yang jauh itu. Ikuti tips ini;
sing
1. Menyanyi
Anda suka menyanyi? Jadi ia buykanlah satu masalah untuk anda menyanyi bersama dnegan anak-anak dalam kenderaan ketika menempuh perjalanan yang jauh. Aktiviti ini akan melekakan anak-anak anda sehinggalah mereka tertidur kepenatan menguji vokal masing-masing dalam kereta.  Ibu bapa pula bersedialah dengan cakera padat lagu-lagu kegemaran anak anda.
viaggiare-bambini-auto
2. Aktiviti mengeja.
Anda boleh mencuba aktiviti ini dengan anak-anak. Disampaing mengasah kemahiran mereka membaca, ia juga akan melekakan anak-anak seklaigus menghilangkan rasa bosan mereka. Untuk jadikannya lebih menarik, bolehlah sediakan kad atau permainan menarik yang lain.
3. Mengira kereta
Permainan ni pun agak legend jugaklah! Sama ada mengira jumlah kenderaan atau mengasingkan jumlah kenderaan mengikut model ataupun warna kenderaan. Permainan ini sangat menarik sehinggakan riuh rendah kereta dibuatnya. Tapi awas, bila anak dah seronok dan riuh rendah, mungkin driver pulak yang stress!! Hahaha.
4. Permainan teka-teki
Ini pun satu permainan menarik. Anda boleh sesuaikan soalan teka teki anda dengan keadaan sekeliling. Contohnya anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, sampai di Negeri Sembilan anda boleh tanyakan soalan “Apakah nama ibu negeri bagi Negeri Sembilan? Nampak tak? So selain menghilangkan bosan, dapat juga memberi anak-anak pengetahuan am. Tapi kalau nak beri soalan pun pastikan ibu bapa pun tahu jawapan yang betul!!
Family-Roadtrip
5. Pasang DVD
Bagi kenderaan yang tidak mempunyai sistem DVD, apa salahnya berbelanja sedikit untuk anak-anak dan keselesaan mereka. Bila dah ada, sepanjang perjalanan mereka boleh habiskan masa dnegan menonton DVD kegemaran mereka seperti animasi Upin dan Ipin atau kartun kegemaran mereka.
snacks1
6. Sediakan snek
Kanak-kanak kadangkala bila meragam akan terus diam bila diberikan makanan atau snek kegemaran mereka. Sediakan dari awal makanan kegemaran mereka ini dalam bekas khas dan letakkan dalam kereta sebelum memulakan perjalanan. Bila dah nampak muka bosan mereka, keluarkan dan biarkan mereka menikmati snek kegemaran mereka. Untuk lebih sihat jangan lupa sediakan buah-buahan.

0 comment... add one now