5 Tips Pilih Blouse Labuh Untuk Wanita Bertudung

Image result for blouse labuh

Ketahui jenis-jenis blouse labuh yang mampu mengubah penampilan anda menjadi lebih menawan. 

Pemakaian seseorang itu boleh melambangkan siapa dirinya.Tidak dinafikan ramai wanita yang ambil mudah tentang penampilan mereka, sedangkan ia amat penting untuk keperibadian diri mereka sendiri.Jadi jangan ambil mudah ya! 

Mahu tak mahu, wanita sebenarnya perlu bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh mereka, perwatakan dan juga kawasan persekitaran.Blouse labuh tidak terkecuali menjadi kegemaran ramai wanita pada masa kini. Untuk itu, anda perlu tahu jenis-jenis blouse labuh yang semakin trendy dan mampu membuatkan anda tampil lebih menawan sekalipun anda mengenakan hijab. 

Jenis-Jenis Blouse Labuh: 

1. Blouse labuh berbutang di hadapan Blouse labuh jenis ini sangat popular di kalangan orang muda dan juga yang sudah berusia. Ia sangat sesuai jika dipakai untuk ke pejabat ataupun santai. Blouse labuh ini mempunyai pelbagai corak dan fabrik. Anda perlu bijak memilih warna dan corak yang sesuai dengan tona kulit anda serta pemilihan fabrik yang selesa adalah sangat penting. 

2. Blouse labuh berbutang belakang Blouse labuh yang berbutang di belakang biasanya mempunyai corak yang padat di bahagian depan. Corak yang ingin ditonjolkan akan lebih terserlah tanpa butang dihadapan. Terdapat pelbagai jenis potongan blouse labuh termasuklah yang mengikut bentuk badan ataupun yang longgar. 

3. Blouse labuh paras bawah pinggul Bagi yang memiliki pinggul yang besar, anda bolehlah mencuba blouse labuh jenis ini. Hal ini adalah kerana blouse labuh dapat menyembunyikan aset anda dari tersembur keluar dan kelihatan tidak cantik.  Terdapat pelbagai jenis corak ataupun kain bagi blouse jenis ini. 

4. Blouse labuh paras lutut Buat pengetahuan anda, blouse labuh jenis ini bukan sahaja boleh digayakan bersama seluar malah anda boleh memperbagaikan gaya dengan memakai kain labuh atau skirt kembang. Blouse labuh jenis ini sangat sesuai bagi anda yang memilik perut yang besar dan pinggul yang lebar. Pemakaian blouse labuh dapat memberi ilusi badan kelihatan kurus dan tirus. 

5. Blouse labuh bertingkat Potongan peplum digunakan untuk menjahit blouse labuh bertingkat. Blouse labuh ini menutup bahagian bawah badan anda seperti pinggul dan paha. Anda tidak perlu risau lemak-lemak di bahagian tubuh akan terbonjol keluar kerana potongan blouse labuh ini menepati citarasa peminat blouse yang mempunyai tubuh badan yang sedikit gempal. Baca Juga: Fesyen Muslimah 

6. Blouse labuh Muslimah Wanita Muslimah sangat sukakan blouse labuh selain ia selesa untuk dipakai kemana sahaja. Potongan blouse labuh Muslimah biasanya agak besar dan lebar dan berlengan panjang. Anda boleh mempelbagaikan gaya blouse Muslimah dengan menggabungkan warna blouse labuh bersama seluar atau pun kain. 

7. Blouse labuh menyusu Kini para ibu yang menyusu anak boleh bergaya sama seperti wanita lain. Blouse labuh menyusu ini sangat fleksibel kerana ia direka khas bagi memudahkan si comel anda untuk menyusu. 

8. Blouse labuh bagi ibu mengandung Wanita mengandung tidak terhad dengan hanya memakai baju mengandung. Kini blouse labuh direka khas sesuai dengan saiz kandungan dan memudahkan pergerakan ibu mangandung. 

Tips memilih blouse labuh untuk wanita bertudung: 

-Teliti jenis fabrik yang digunakan. Selain selesa untuk dipakai, ada beberapa perkara lain yang perlu diambil kira antaranya ialah kain yang nipis atau melekat apabila dipakai. Blouse labuh jenis ini adalah tidak sesuai untuk wanita bertudung. -Elakkan blouse labuh yang mempunyai warna yang terlalu terang. Warna yang terang bukan sahaja sakit dipandang mata malah ianya tidak sesuai dipakai sehari-hari dan bimbang jika anda menjadi tumpuan ramai. 
-Pilih blouse labuh yang tidak mempunyai corak kerawang kerana biasanya kerawang yang dijahit pastinya berlubang-lubang. 
-Pilihlah blouse labuh yang berlengan panjang supaya ianya sesuai dengan penampilan anda yang bertudung. 
-Gayakan blouse labuh dengan tudung yang sesuai bersama seluar atau skirt yang tidak ketat.

0 comment... add one now