5 Seni Bina Masjid Terapung Yang Tersergam Indah Di Malaysia

Bila masuk je bulan Ramadhan, masjid menjadi rumah kedua untuk menunaikan solat Terawih berjemaah.
Di Malaysia terdapat beberapa masjid indah dengan seni bina yang indah dan mengkagumkan. Memang sejuk je hati apabila melihat.
Pasti ramai yang tidak tahu tentang kisah menarik di sebalik keindahan reka bentuk dan seni bina masjid yang kami senaraikan ini.

1. Masjid Besi, Putrajaya

10333353-Tuanku-Mizan-Zainal-Abidin-Mosque-in-Putrajaya-Malaysia-at-Sunrise-Stock-Photo
Turut dikenali dengan nama Masjid Tuanku Mizan Zainal Pembinaan masjid ini mengambil masa 5 tahun bermula tahun 2009 dan dibuka secara rasmi pada Jun 2010. Dipanggil Masjid Besi adalah kerana menggunakan 70% besi keluli tahan karat.

2. Masjid Kristal, Kuala Terengganu

masjid-kristal-2
Seindah rupanya yang diperbuat daripada binaan kristal dan kombinasi kaca serta besi keluli tahan karat. Masjid ini menampilkan struktur seni bina yang lebih  licin dan disediakan internet tanpa wayar (wireless).

3. Masjid Jamek, Kuala Lumpur

mjasidjamek
Terletak ditengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1909. Merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur. Terkenal dengan nama Masjid Jumaat kerana setiap kali hari Jumaat, masjid ini akan menjadi tumpuan ramai untuk menunaikan solat Jumaat.

4. Masjid Putra, Putrajaya

malaysia110619256
Kubah Masjid Putra ini memiliki rona kuntuman bunga ros yag diperbuat daripada batuan granit berwarna merah jambu. Masjid ini boleh memuatkan seramai 15,000 orang dalam satu masa. Tinggi binaan menaranya  ialah 115 meter dan mempunyai 5 peringkat yang melambangkan lima rukun Islam.

5. Masjid Bandar Kota Kinabalu, Sabah

86967864
Masjid ini dibina selama 8 tahun sebelum ia dibuka secara rasminya pada tahun 2000. Reka bentuknya menyerupai Masjid Nabawi. Menariknya, binaanya yang dikelilingi oleh lagun menjadi daya tarikan pengunjung dan pelancong.

0 comment... add one now