5 Rahsia Kecantikan Pelakon Cantik Manis Sherry Ibrahim

Bukan sahaja cantik, malah selebriti ini juga sentiasa disenangi ramai. Pandai berlakon dan mempunyai bakat luar biasa dalam nyanyian.
Kalau ikutkan dari awal kemunculan Sherry Ibrahim dalam industri seni tanah air, memang tiada perbezaan dari segi penampilannya.
Tahun 2016 merupakan fasa baru buatnya untuk tampil berhijab sepenuhnya.
Mesti ramai nak tahu rahsia kecantikan Naib Juara peserta Gempak Popstar ini!

1. Tipulah kalau tak ada masalah jerawat. Ini cara Sherry merawatnya

Jika ada jerawat Sherry akan sapu tea tree oil pada jerawat. Sebelum itu mestilah cuci wajah dengan sempurna, penting untuk pastikan tiada kesan solekan. Adakalanya Sherry akan skip krim malam kerana mahu beri ruang kepada kulit bernafas.

2. Banyak minum air kalau nak kulit cantik

Penghidratan. Sherry mempunyai kulit yang kering, jadi penting untuknya mengambil air mencukupi untuk dapatkan kulit yang cantik.
sherry 4

3. Jangan hanya jaga muka je tapi badan tak cantik

Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali Sherry akan lakukan lulur badan. Sebelum tidur Sherry akan sapukan losen pada separuh badan dan adakalanya minyak argan.
sherry2

4. Amalkan STRICT DIET jika berat badan naik

Jika anda nak badan langsing seperti Sherry, anda perlu amalkan diet yang ketat. Jangan hangat-hangat taik ayam je. Kata Sherry, setiap pagi dia akan minum air kosong berserta lemon, dan makan satu jam selepas minuman pertama tadi.
sherry 7

5. Demi menjaga badan, Sherry hanya makan kismis & coklat jika lapar 

Pada waktu malam jika lapar, Sherry hanya akan makan kismis dan coklat, tapi sedikit sahaja, semata-mata mahu ada sedikit rasa manis kerana Sherry sukakan makanan manis.

0 comment... add one now