5 Perkara Kena Ambil Tahu Mengenai Pasangan Sebelum Berkahwin




Setiap pasangan yang sudah lama menjalinkan hubungan cinta pasti mengimpikan untuk membina keluarga bahagia satu hari nanti. Dan untuk anda yang masih lagi mencari calon suami atau isteri juga seharusnya menitik beratkan beberapa perkara untuk memilih pasangan sehidup semati yang bakal bersama-sama menjalani kehidupan berkeluarga selepas berkahwin. Berikut merupakan antara beberapa perkara yang setiap orang kena ambil tahu mengenai pasangan mereka berdasarkan indo yang diberikan menerusi 'Bercinta Selepas Nikah':

AGAMA

Perihal agama sangat perlu dititikberatkan apatah lagi calon suami yang bakal memimpin ahli keluarganya kelak. Lelaki juga bertindak membimbing anak dan isteri dan juga sebagai pengemudi keluarga dalam menjadikan keluarga mereka bahagia dan juga saksama.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Sebelum melangkah ke fasa seterusnya, ambil masa dahulu untuk mengenai ahli keluarga pasangan dan melihat bagaimana cara dia dibesarkan,dengan siapa dia bergaul, bagaimana dia membesar dan pelbagai lagi mengenai latar belakangan pasangan yang boleh ditanya menerusi ahli keluarganya. Tak salah kalau sekali sekala melawat ahli keluarga pasangan, dapat juga mengeratkan lagi tali silaturrahim. Nanti jika dah berkahwin, tak lah kekok atau digelar 'kera sumbang'.

KESIHATAN

Jika mempunyai penyakit kronik yang memerlukan penjagaan rapi, hendaklah berkongsi dengan pasangan yang bakal menjadi teman sehidup semati. Janganlah berdiam diri dan menonjolkan keadaan kesihatan semasa baik sahaja. Ingat juga, jika sudah berkahwin, pasangan kita kelak lah yang akan menjaga diri kita sebaik-baiknya. Seelok-eloknya berterus teranglah dengan pasangan anda.

KEWANGAN

Kongsi info mengenai perbelanjaan kewangan bersama. Sebagai seorang lelaki, bakal isteri berhak mengetahui kerana soal perbelanjaan selepas berkahwin terletak diatas bahu suami. Dan bagi bakal isteri pula, hendaklah jujur mengenai hal kewangan anda. Jangan sembunyikan mana-mana hutang yang sedia ada dan seeloknya lakukan perbincangan bersama kerana urusan kewangan lagi mudah diaturkan tambahan pula selepas berkahwin dan juga mempunyai anak, hal kewangan rumahtangga perlu dititikberatkan.

PELAN JANGKA MASA PANJANG

Bila sudah berkahwin nanti, semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Tak salah kalau berbincang mengenai pelan jangka masa panjang berdua dan saling menyokong antara satu sama lain. Perlu diingat, suami dan isteri hendaklah bersama-sama ketika susah mahu pun senang serta saling bertolak ansur dan juga tolong menolong. Kalau macam ini, barulah namanya "relationship goals ".

Sumber Bercinta Selepas Nikah

2 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli Julai 20, 2016
semua dah buat time couple dlu. cumaaaa, selagi tak sebantal, sebilik, serumahh, setandas, memang tak kenallll. hahahah
Tanpa NamaTanpa Nama Julai 22, 2016
ada lagi satu no.6, bab gaji dia, mestilah RM5,500.00 Sebulan ke atas, kalau bawah dari tu, babai ok bye!