5 Pasangan ternama dengan hadiah perkahwinan termahal

shutterstock_140523121
Gambar : shutterstock

Bila sebut sahaja pasal perkahwinan selebriti atau orang ternama, apa yang berlegar di fikiran adalah kemewahan sesebuah majlis perkahwinan itu. Sebentuk cincin itu sudah satu kemestian dalam menjadi simbolik sesebuah ikatan itu, tetapi ada sesetengah selebriti terkenal dunia turut menghadiahkan pasangan mereka dengan ruamh agam, kereta dan banyak lagi.

Saya kongsikan 5 pasangan ternama dengan hadiah perkahwinan termahal.

Putera Williams & Kate Middleton (Set haruman Clive Christian)

Prince-William-and-Kate-Middleton-Wedding-3
Gambar : TPGimages

Merujuk kepada Guinness Book of Records, set haruman Clive Christian adalah haruman termahal di dunia. Clive Christian adalah seorang pereka perabot dari British yang dikategorikan sebagai pereka kelas A yang membeli sebuah syarikat haruman terkenal di era Victoria yang mana haruman tersebut turut menjadi kesukaan Ratu Victoria. Haruman tersebut bernilai $2,350 untuk 1 aun dan hadir di dalam kotak dengan 24-karat emas dan 5-karat berlian. Pabila Kate dan Putera William berkahwin, Christian mempersembahkan kepada mereka edisi parfum miliknya.

Brad Pitt & Angelina Jolie (Jam Tangan Bernilai $3 juta USD)

6c4cb95fca57c528_main.xxxlarge
Gambar : TPGimages

Jolie memberikan mesin taip Ernest Hemingway kepada Brad. Jolie pada awalnya mahukan mesin taip rekaan Tennessee William, namun pengumpul dan pesuruhjaya polis L.A, Steve Soboroff tidak mahu menjualnya. Kemudian, Jolie mendeposit cek bernilai $11,000 USD dan memilih Hemingway. Jolie menyuruh pesuruhjaya polis tersebut menerima cek berkenaan, tetapi Steve memulangkannya. Jolie juga memberlika Brad sebentuk jam platinum Patek Phillippe  yang bernilai $3juta USD.

George Clooney dan Amal Alamuddin (Rumah Agam di negara Inggeris $5 juta USD)

landscape_nrm_54996353f3446_-_hbz-amal-george-wedding-promo
Gambar : Harpers Bazaar US

Sejurus selepas perkahwinan pasangan ini di Venice, khabar angin berterbangan menyatakan yang Clooney dan Amal berbulan madu di sebuah pulau eksklusif. Kemudian, tersebar pula berita Clooney membeli sebuah rumah di Sonning, perkampungan berdekatan Sungai Thames di Berkshire. Dianggarkan dengan keluasan rumah tersebut nilai rumah tersebut dianggarkan bernilai $5 juta USD.

Tom Cruise and Katie Holmes (Jet Peribadi Gulfsman $14juta-$20juta USD)

78220101_katie-holmes-tom-cruise-zoom-2db3e3a3-add2-48a6-820e-ec4a5397fc02
Gambar : Sumber Google

Tom sebelum itu memberikan cincin pertunangan kepada Holmes yang bernilai $275,000 dan selepas itu, Tom menghadiahkan sebuah jet peribadi pula dengan anggaran bernilai $14juta hingga $20juta USD. Selepas penceraian, tiada sebarang informasi lanjut berkenaan jet tersebut.

Crown Prince Abu Dhabi (Stadium Perkahwinan $22juta USD)

sheikh
Gambar : Sumber Google

Pada tahun 1981, ketika Crown Prince Abu Dhabi mengahwini Puteri Salam, bapanya, pemerintah Dubai, mempersetujui untuk menghasilkan sebuah lokasi perkahwinan anaknya itu tetapi ia bukannya lokasi pekahwinan seperti mana yang kita bayangkan. Ia adalah sebuah stadium kustom yang mempunyai 20,000 kerusi. Perkahwinan kerabat di-raja ini juga dikatakan menelan jumlah $100,000,000. Perkahwinan ini juga turut tersenarai di dalam senarai Forbes ‘Billionaire Weddings’.

Sumber - EH

1 comment... add one now

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip Julai 30, 2016
hehehe kaya sangat takut haih.. btw gambar tak keluar pun. uhuhu..