5 Akibat Buruk Jika Anda Suka Berlapar Semata-Mata Nak Kurus!



Ramai di antara anda yang sanggup berlapar dengan harapan untuk mendapatkan bentuk badan ideal.
Tapi, tahukah anda ada kesan buruk jika anda mengamalkan tabiat tidak sihat tersebut? Nak kurus tu boleh, tapi bukannya sampai tak makan.
Ini antara kesan negatif yang anda akan alami jika anda selalu sangat berlapar!

1. Fikiran lesu & keliru

1
Berfikir memerlukan tenaga yang dibekalkan oleh glukosa, bahan yang terhasil daripada pencernaan makanan kita.
Jika glukosa dalam darah (gula) rendah, fikiran akan jadi tak menentu, tak dapat berfikir dengan betul, jejaskan tumpuan, ingatan dan mood anda.

2. Cepat ‘naik angin’

2
Otak yang kurang glukosa menukar angin, atau mood, anda. Bila rasa lapar, anda akan cepat melenting atau “naik angin”. Selain itu, mereka yang lapar mudah hilang keceriaan.

3. Kuat makan

3
Kajian menunjukkan kelaparan dalam jangka pendek mendorong seseorang membeli lebih makanan ringan, ketika berbelanja, jika dibanding mereka yang sudah makan.
Bukan itu je, anda juga akan lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak kalori dari yang sepatutnya.

4. Tinggalkan senaman

4
Bila berlapar, tubuh anda akan rasa tak bermaya. Bila rasa lemah je, anda tidak akan bersenam dan diet anda akan jadi sia-sia je.

5. Seluar jadi lebih ketat

5
Berlapar dalam tempoh lama mengganggu proses pengeluaran insulin, sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Anda akan jadi lebih gemuk.

0 comment... add one now