4 Sebab Kenapa Ibu Mengandung DILARANG Pakai Kasut Tumit Tinggi

Ibu-Hamil1
Walaupun kasut tumit tinggi merupakan pilihan utama oleh sebahagian wanita dengan penampilan yang akan membuatkan wanita lebih nampak bergaya dan juga elegan tapi ia juga akan mengundang bahaya kalau si pemakainya adalah ibu mengandung! Kedudukan wanita yang hamil menjadi kurang stabil lebih-lebih lagi apabila memakai kasut bertumit tinggi.
Kasut-Tumit-Tinggi-Ibu-Mengandung
Sebab Kasut Tumit Tinggi Tidak Boleh Dipakai Oleh Ibu Mengandung
4 sebab kenapa ibu mengandung dilarang, tidak boleh dan tidak digalakkan untuk memakai kasut tumit tinggi. Jeng jeng jeng! Jaga-jaga cik salmah!
  • Penyakit sendi dan osteoporosis
Keadaan ini akan mengundang penyakit sendi dan osteoporosis. Bukan tu je tau, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
  • Gangguan kepada keseimbangan badan
Sewaktu mengandung pusat graviti mengalami peralihan manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan berat yang bertambah disebabkan oleh bayi yang dikandung.
  • Masalah bengkak pada kaki
Bengkak pada kaki merupakan perkara normal yang dihadapi oleh semua ibu mengandung. Tapi kalau ibu mengandung tu masih degil untuk memakai kasut tumit tinggi, benda tu akan menyebabkan bebanan badan akan bertambah. Bebanan badan boleh menyebabkan titik seimbang anda hanya tertumpu pada bahagian hadapan kaki anda sahaja.
  • Perubahan postur tubuh badan
Dalam tempoh kehamilan, postur tubuh ibu mengandung mengalami perubahan. Iaitu perubahan dimana pelvis akan terkehadapan dan terjadinya lengkungan pada bahagian belakang. Kalau kerap sangat memakai kasut tumit tinggi semasa mengandung juga boleh menyebabkan otot-otot betis akan menjadi sakit dan kejang.
Sumber : tokeinfo

0 comment... add one now