4 Laman Web Menawarkan Permainan PC Lama Secara Percuma

Jika anda antara generasi yang menggunakan komputer pra OS Windows 95, anda masih lagi mampu tersenyum mengenangkan suka duka mengharungi OS yang pada pendapat ramai amat sukar untuk dikuasai. Dengan arahan-arahan DOS yang begitu “samar” dan sukar diingati, ditambah pula dengan tiada penggunaan komputer secara meluas pada ketika itu, menyebabkan ramai pengguna komputer amat sukar, malah tidak faham lansung cara DOS berfungsi.
Era permainan komputer menjadi lebih popular setelah timbulnya satu standard baru dalam grafiks melalui pegenalan VGA (Video Graphics Array) pada tahun 1987 oleh IBM. Di tambah pula dengan wujudnya satu-satunya soundcard SoundBlaster pada tahun 1989. Saya masih ingat lagi membeli satu permainan asli “Wing Commander” pada tahun 1990 semasa masih lagi belajar di luar negara. Grafiks dan kesan bunyi pada masa itu amat mengkagumkan disertai pula dengan jalan cerita yang menarik menyebabkan Wing Commander memenangi anugerahComputer Gaming World dan Overall Game of the Year pada tahun itu.
Sekarang, era DOS telah pupus dengan timbul OS Window 95, 98 dan Windows Me yang tidak lagi memerlukan OS DOS untuk berfungsi. Banyak permainan komersil yang tersohor pada masa era DOS telah samaada dipindahkan kepada OS Windows atau tinggal begitu saja. Setengah-setengah penerbit permainan ini telah menerbitkan semula permainan asal sebagai freeware, ada juga hanya membiarkannya begitu saja tanpa sebarang upgrade. Pada akhirnya, permainan ini diberikan secara percuma kepada sesiapa yang berminat menrusi internet. Namun kepada siapa yang masih mempunyai PC yang lama yang menggunakan Intel 486DX-2 dan ke atas (pra Pentium) dengan OS DOS boleh mendapatkan permainan-permainan menarik ini daripada internet.
Pada entri ini, kita akan melihat laman-laman web terbaik untuk men-download permainan PC lama ini secara percuma. Antara laman-laman yang dimaksudkan ialah:
Abandonia adalah indeks kepadaAbandonware, “didedikasikan untuk permainan DOS klasik”. Abandonware titles are games (or software) with expired copyright, or games which are no longer supported by the publisher. Abandonware adalah judul permainan (atau perisian) yang telah tamat tempoh hak cipta, atau permainan yang tidak lagi disokong oleh penerbit.
Laman ini ditubuhkan pada tahun 1999, ketika konsep Abandonware hanya dua tahun. Setelah beberapa tahun tidak aktif, ia bagaimana pun terus berkembang, dengan banyak permainan baru yang ‘ditinggalkan’ bertambah hampir setiap hari.� Pada kini, Abandonia mempunyai sebanyak 1063 permainan dalam arkib mereka dengan keahlian lebih daripada 100,000 ahli.
Kebanyakan permainan mendapatkan tinjauan menyeluruh, screenshot,editor rating serta juga rating daripada pengguna. Anda boleh mengakses dan men-download game pc lama berpandukan nama, tahun, rating dan kategori. Sesungguhnya, permainan-permainan ini sudah pasti dapat memenuhi kehendak anda untk bermain atau pun hanya untuk mengimbau kembali permainan-permainan yang pernah anda main suatu ketika dahulu.
Salah satu laman lain yang menfokuskan kepada permainanan berasaskan OS DOS ialah Dos Museum. Tujuan mereka adalah untuk mengekalkan permainan DOS dan memastikan mereka tidak akan hilang ditelan zaman. Melalui salah satu daripada mereka inisiatif lain, mereka cuba untuk menggalakkan pemegang hak cipta lain untuk membuat karya mereka mendaji samada “untuk dijual” atau “sebagai freeware”.
Dengan lebih dari 1600 sumber (walaupun ini termasuk pelbagai patchdan save-game), DOS Museum bahkan menawarkan lebih banyak pilihan permainan. Melalui antaramuka grafiks yang interaktif dan senang digunakan, anda boleh melihat senarai permainan melalui nama permainan,rating, tarikh atau populariti.� Meskipun anda tidak akan ketemu ulasan yang panjang lebar seperti pada Abandonware, maklumat asas (biasanya dalam dua atau tiga ayat) ada disediakan.
Salah satu laman terbaik untuk mencari “bekas-permainan komersial” adalah Wikipedia. Ya, benar � pada salah satu laman mereka, wiki menyediakan satu senarai terkini tajuk-tajuk Abandonware.
Senarai di wiki menunjukkan jumlah tajuk permainan yang agak kurang berbanding dengan laman-laman lain di sini, tapi tajuknya merangkumi jangkamasa yang lebih panjang. Anda akan berjumpa dengan permainan seawal 1988 sehingga yang terkini iaiatu pada tahun 2008, semuanya disenaraikan ringkasan cerita di mana sebahagian besar dariapda mereka itu patut dicuba. Jika anda fikir ada sesetengah permaiangan yang “hilang” atau tiada dalam senarai anda boleh menambah sendiri ke dalam senarai itu. Itulah wiki!
Salah satu laman lain yang mempunyai senarai permainan yang lebih banyak dan luas (termasuk juga permainan daripada OS lain seperti Amiga, Apple II dll) ialah Remian In Play.� Laman ini tidak menerima Abandonware dan permainan yang dikategorikan sebagai percuma semasa ianya dibuat. Mereka hanya fokus pada permainan komersil yang kemudiannya diterbitkan semula sebagai freeware.
Meskipun melayari laman ini seolah-olah tidak “organised” atau pun tersusun, mereka mempunyai senarai permainan yang banyak samada baru atau lama. Jika anda seseorang yang sangat gemar kepada permainan yang berkualiti, anda boleh memilih “Top Ten Games” pada sidebar laman, di mana anda akan mendapati satu opsyen sahaja untuk mencri permainan iaitu melalui rating judul-judul permainan. Jika tidak, anda boleh mencari pangkalan data mereka dengan tajuk permainan, jenis data, genre atau OS.
Saya berharap anda telah ketemu beberapa laman-laman baru yang menarik hari ini dan akan terus ketemu permainan percuma untuk memenuhi masa berharga anda dengan satu permainan. Jika anda ada “Abandonware” lain yang boleh direkomen, atau ada perkara lain yang perlu ditokok tambah di sini, jangan ragu-ragu untuk membuat ulasan anda di bahagian komentar di bawah ini.
Kredit - panduanpercuma 

1 comment... add one now