3 Sebab Kenapa Suara Jadi Sedap Bila Nyanyi Dalam Bilik Air



Ramai orang suka menyanyi tapi tak ramai orang boleh menyanyi. Tapi bila kita menyanyi dalam bilik air terus macam nak pergi audition Akademi Fantasia. Tapi bila nyanyi dalam kereta suara hancur terus. Hahaha. Pernah tak fikir kenapa dalam bilik air je suara jadi best?

Ni ada 3 sebab kenapa suara jadi best bila kita nyanyi dalam bilik air. 
 

1. Lantunan suara pada jubin 

Segalanya disebabkan oleh jubin, permukaan keras dan lancar di bilik mandi anda. Faktor ini memberi kesan kepada jumlah suara anda. Suara akan melantun dalam bentuk yang cantik pada permukaan sebegini. Dan bunyi hanya bergerak dalam bilik mandi dan tak cepat hilang seperti di ruangan yang lebih terbuka. 
 
2. Suara berkumandang

Bunyi lantunan yang dihasilkan dalam bilik mandi perjalanannya lebih jauh daripada yang lain. Jadi kesan kepada ini adalah suara anda jadi seperti berkumandang, macam ada dengungan. Sebab tu bila nyanyi rasa macam Adele tengah buat konsert dalam Royal Albert Hall, London. 
 

3. Bilik air jadi rongga salunan

Yang terakhir sekali bilik mandi anda bertindak sebagai 'Rongga Salunan". Maksudya, bila mandi kita secara semula jadi hasilkan frekuensi bunyi tertentu. Sebab tu suara kita rasa macam padat dan penuh dalam bilik mandi.

0 comment... add one now