3 Langkah Mudah Periksa Tayar Ini Mampu Selamatkan Perjalanan Anda

CUMA lima minit diperlukan untuk memeriksa tayar anda yang bukan saja mengurangkan masalah kehausan dan menjimatkan penggunaan bahan api, tetapi mampu menyelamatkan nyawa anda. Cuba ikut 3 langkah mudah periksa tayar di bawah ini:

1. PERIKSA TANDA HAUS

Ramai pemandu atau penunggang tidak menyedari semua tayar mereka dilengkapkan dengan bar indikator haus yang tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk memeriksanya, dan menjadi cara paling berkesan untuk mengetahui kondisi bunga tayar kereta anda.
Dalam alur utama setiap tayar terdapat bar kecil yang melintang di tengah bunga tayar(seperti bonggol jalan). Itulah indikator haus bunga. Ia kadangkala sukar dikenal pasti dan umumnya ada simbol anak panah atau ikon lain pada bahu (tepi atas) tayar untuk menunjukkan anda kedudukannya.
Di atas bar getah menandakan kedalaman minimum bunga tayar itu. Semakin rapat bunga dengan atas bar bermakna tayar anda semakin haus.
Tiada indikator bunga tayar haus pada bahu tayar, tetapi pemeriksaan visual akan memberi maklumat tentang kondisi tayar anda. Pemeriksaannya semudah melihat keempat-empat tayar. Pertama, pusing roda sehingga habis untuk memeriksa tayar hadapan. Anda mungkin perlu mengcangkung untuk memeriksa tayar belakang.
Pastikan setiap tayar diperiksa. Bergantung kepada jenis kereta dan kegunaan, tahap haus setiap tayar ialah berbeza. Kehausan tidak sekata bermakna tayar anda mengalami masalah penjajaran (alignment) yang perlu dirujuk kepada bengkel tayar.
Apa perlu dilakukan jika tayar didapati haus, atau indikator menunjukkan bar sudah separas dengan bunga tayar? Jawapannya, gantikannya secepat mungkin. Jika bahagian bahu bunga tayar licin apabila dipegang, tayar itu juga perlu ditukar.

2. PERIKSA KEROSAKAN

tayar-koyak
Jalan raya ialah magnet bagi serpihan buangan. Skru, serpihan logam, gelas pecahdan batu tajam sentiasa ada di atas jalan raya yang sedang kita lalui seharian dan menunggu melekat pada tayar kereta bila-bila masa tanpa anda sedari. Bunga dan dinding sisi tayar mesti diperiksa. Perhatikan tanda-tanda koyakan, hirisan, bonjolan atau apa saja yang sepatutnya tiada pada tayar anda.
Tiada angin atau tayar pancit ialah situasi yang setiap orang mahu elakkan, tetapi itu bukanlah paling teruk. Apa paling dibimbangkan ialah situasi pemandu memandu dalam keadaan tayar pancit, di mana kelajuan tinggi, hilang kawalan dan tayar pancit ialah ramuan lengkap yang mampu menyebabkan anda terbabit kemalangan.
Jika menyedari tanda pancit, bonjol atau rosak, langkah pertama ialah segera pergi ke mana-mana bengkel tayar berhampiran.

3. URUS TEKANAN TAYAR

pam-angin-tayar
Langkah akhir ialah periksa tekanan tayaryang merupakan cara paling klasik yang disarankan buku-buku panduan senggaraan kereta turun-temurun.
Secara semula jadi, tekanan angin tayar akan berkurangan kerana udara boleh perlahan-lahan menembusi lapik dalaman tayar. Ini bermakna pemeriksaan berkala amat diperlukan. Anda tidak boleh bergantung kepada rupa fizikal tayar sahaja untuk menentukan tekanan angin. Ia perlu diperiksa dengan cara menggunakan tolok tekanan atau mengisinya. Hari ini, semua pengeluar sudah sedia melekatkan pelekat pada bingkai pintu kereta mengenai jumlah tekanan angin yang disarankan untuk diisi.
Tekanan angin tayar yang betul dapatmenjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman atas jalan dan meningkatkan hayat tayar. Walaupun berlaku sedikit peningkatan tekanan angin, geseran akan meningkat dengan menyebabkan masalah kehausan tidak sekata pada tayar, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.
Tekanan angin terlalu tinggi juga menyebabkan tayar hilang cengkaman dan mengurangkan kawalan pemanduan, manakala kawasan tengah tayar berisiko haus lebih cepat. Periksa tayar anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau paling minimum sebulan sekali. Tayar sepatutnya sejuk atau tidak panas, jadi cuba periksa tekanan pam angin sebelum mengepam.

0 comment... add one now