3 Cara Mudah Atasi Masalah Cincin Longgar Di Jari Anda

Saya beranggapan ramai dikalangan kita menghadapi masalah yang sama iaitu cincin yang dipakai longgar disebabkan beberapa faktor. Di antara faktor itu, cincin longgar disebabkan oleh berat badan telah menurun sehingga menyebabkan jari tangan itu mengecil.
Kalau anda layari website, terdapat pelbagai cara yang telah ditunjukkan oleh orang ramai di seluruh dunia untuk atasi masalah cincin longgar. Ada yang menggunakan ring wraps dengan memusingkan wraps itu di bahagian bawah cincin. Tapi cara ini tidak menarik dan tidak kemas serta memakan masa.
cincin
Cara lain ialah menggunakan ring clip dengan meletakkan besi itu seperti di dalam gambar di atas. Harga ring klip sekitar RM10 satu dan agak sukar untuk pilih ring clip tanpa mengetahui kelebaran cincin.
Cara yang saya syorkan ini lebih mudah dan murah. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa pun dan di mana sahaja. Cara ini membuatkan cincin kelihatan kemas dan ia boleh disiapkan dalam tempoh singkat. Kosnya juga tidak tinggi.
Berikut adalah cara saya untuk mengetatkan cincin dengan mudah dan murah.

PERALATAN

1. Gam Kuat
Gam kuat mudah didapati dimana-mana kedai segera atau runcit. Gam UHU juga boleh digunakan. Ada wanita di Youtube mengetatkan cincinya dengan hanya menggunakan gam biasa sahaja. Ia memerlukan kuantiti gam yang banyak dan jujurnya saya tidak galakkan anda berbuat begitu. Namun, tidak salah untuk kalian mencubanya.
2. Cable tie
Ambil saiz cable tie yang paling kecil sekali untuk digunakan. Boleh dipilih apa-apa warna, namun saya pilih warna putih untuk kali ini.

LANGKAH-LANGKAH

1. Potong cable tie itu untuk disesuaikan dengan saiz cincin yang ingin diperketatkan.
2. Selepas itu, masukkan cable tie itu didalam cincin seperti gambar dibawah dan sedia untuk digam. Panjang bergantung kepada jenis cincin dan saiz cincin, potonglah ikut kesesuaian.
3. Kemudian letakkan gam kuat yang telah disediakan tadi. Pastikan gam itu diletak di sepanjang bahagian yang bersentuh dengan cincin tersebut.
Siap! Saya juga pernah menggunakan cable tie berwarna biru, ia agak menarik juga malahan apabila telah dipakai tidaklah orang perasan kerana perubahan luas hanya di bahagian dalam cincin.
Kini saya lebih selesa untuk memakainya kerana sudah sesuai dengan besar jari saya. Dan yang paling penting, ia kalis air. Namun, jika ianya tertanggal sekalipun, kos untuk melekatkan cable tie yang baru tidaklah mahal dan mudah untuk dilakukan. Selamat mencuba.
Cara yang sama boleh dilakukan pada cincin emas tanpa memberikan apa-apa kesan kerana cable tie yang kita gunakan adalah plastik, tiada tidak balas dengan emas mahupun perak (silver).
Ring clip diperbuat daripada logam, boleh memberi kesan tindak balas dengan emas mahupun silver jika ring clip itu diperbuat daripada logam yang berlainan.
Selamat mencuba. Moga ianya memberi bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama.
kredit: vocket

1 comment... add one now