11 Sebab kenapa anda perlu amalkan minum air barli!

Foto - kelleykatze.blogspot.com

Barli suam mahupun barli ais, kedua-duanya memang syok sekali diminum lebih-lebih ketika cuaca panas.
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
Barli mengandungi kedua-dua jenis serat iaitu mudah larut dan tidak mudah larut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan baik.
Ini 11 sebab kenapa barli bukan sekadar minuman biasa.
1. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain.
2. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
3. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
4. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.
5. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar.
6. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan.
7. Barli juga mampu mengurangkan tekanan darah. Dikatakan dengan memakan barli mampu merendahkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat. Ini mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.
8. Dikatakan juga antioksidan yang terdapat di dalam barli mampu membantu anda kelihatan lebih muda.
9. Ini adalah kerana barli mampu membantu membuang toksin daripada tubuh sekali gus mampu memberikan anda penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat.
10. Barli juga dikatakan kaya dengan selenium. Selenium mampu mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh.
11. Anda yang mengalami masalah rambut dikatakan baik mengambil barli. Ini kerana barli mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang diperlukan untuk penghasilan rambut sihat.
Sumber : 1 & 2

0 comment... add one now