10 Rahsia Kenapa Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan



Kalau anda berkunjung ke Pak Uda Kitchen & Grill yang terletak di Batu Caves, memang rambang mata untuk memilih.
Kata orang, benda baik kena kongsi maka saya senaraikan 10 Rahsia Kenapa Orang tidak Putus-Putus Ke Pak Uda Kitchen & Grill
1. Layanan Kelas Pertama
12- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Kata orang, sejauh mana sesebuah restoran boleh pergi, bergantung pada layanan yang diberikan kepada pelanggan (ini yang paling penting). Apabila masuk sahaja ke kedai ini, lega hati kami apabila kedatangan kami disambut dengan senyuman yang menawan para pelayan. Kami terasa benar-benar dialu-alukan di kafe ini. Di sini, motonya adalah ‘customer comes first’ dan ‘customer is always right’.
2. Perkhidmatan Pantas
11- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Apabila kami duduk sahaja di meja makan, tanpa membuang masa, para pelayan datang menghulurkan menu yang disediakan. Mereka juga turut memberi cadangan makanan yang wajib dicuba di sini. Tidak sampai 15 minit (mengikut jumlah pelanggan pada sesuatu masa), makanan pun sampai dan sedia untuk dijamah. Masa untuk makan.
3. Kualiti dan Harga Seiringan
17- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Tentang kualiti, anda tidak perlu risau kerana semua hidangan yang disediakan dimasak dengan penuh kasih sayang oleh bekas chef hotel terkemuka yang merupakan anak pemilik kafe ini. Dijamin sedap dan anda akan datang lagi. Menurut Pak Uda (pemilik), beliau tidak lokek untuk memberikan yang terbaik. Kalau anda memesan jus buah-buahan, sebiji buah akan digunakan. Harga anda jangan risau, memang berpatutan dan berbaloi dengan pelaburan anda untuk makan di sini.
4. Seperti Berada di Hollywood
13- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Ketika mula-mula masuk ke kafe ini, anda mungkin musykil sama ada di Hollywood ataupun di Malaysia. Mana taknya, tema di Pak Uda Kitchen & Grill ialah Hollywood. Daripada nama menu hinggalah dekorasi dalaman kafe, semua bertemakan Hollywood. Menarik lagi, anda boleh tangkap gambar bersama potret bintang Hollywood yang dijadikan hiasan di kafe ini.
5. Pilihan Ramai
9- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Mula dibuka pada waktu petang, ia memang kena sangat kerana lepas habis bekerja, pastinya anda mahukan hidangan yang memuaskan hati. Bila sudah cuba makan di sini, tengok kedai penuh pun kita faham sendiri mengapa orang ramai datang.
6. Selesa Seperti Berada di Rumah
8- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILYKadang-kadang, sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak selesa untuk makan di luar. Namun, di kafe ini anda tidak perlu risau kerana ia cukup luas dan selesa membuatkan anda seperti berada di rumah. Pak Uda Kitchen & Grill menyewa dua tingkat rumah kedai untuk keselesaan pelanggan. Jika anda ingin sedikit privasi dan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sila naik ke tingkat satu (kurang ramai orang di aras ini).
7. Lokasi Strategik
Tidak sukar mana untuk menjejaki Pak Uda Kitchen & Grill. Terletak di Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves. Untuk memudahkan lagi pencarian supaya tidak sesat, gunakan aplikasi Waze. Cari sahaja Pak Uda Kitchen & Grill, pasti akan jumpa. Pak Uda Kitchen & Grill sebenarnya tidak jauh daripada Plaza Tol Sentul, Lebuhraya Duke. Dari jauh anda boleh nampak signboardnya.
8. Lain Daripada yang Lain
Kami memang suka mencuba sesuatu makanan yang baru dan unik. Di Pak Uda, kami temui menu lain daripada yang lain. Hidangan istimewa tersebut di Pak Uda Kitchen & Grill yang menjadi pilihan orang ramai ialah:
  • Pak Uda Special Grill & Spaghetti
    Hidangan yang ternyata mengenyangkan perut anda kerana banyak, banyak dan banyak. Bagi menu ini, anda boleh memilih sama ada ayam atau daging digril untuk dihidangkan bersama Spaghetti Aglio Olia dan juga sos lada hitam, kentang goreng, coleslaw dan potato jacket.
  • Madonna Cheesy Chicken Chop
    Buat peminat ayam, anda boleh memilih sajian chicken chop digril dan dicurahkan dengan keju. Ia juga hadir bersama sos lada hitam dan kentang goreng. Sos lada hitamnya memang sedap yang pernah kami makan setakat ini. Pekat dan likat. Masih terasa di lidah sehingga ke hari ini.
Jus Epal Asam Boi
4- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Sebiji epal dijadikan jus dan dicampur dengan beberapa biji asam boi. Rsanya masam dan manis menjadikan jus ini istimewa dan terlalu padu. Kami yakin anda tidak akan melupakannya berhari-hari. Kami rindu jus epal asam boi.
9. Kebersihan Terjamin
Salah satu penanda aras dalam menentukan kemajuan sesebuah kafe adalah kebersihan. Di Pak Uda Kitchen & Grill, kebersihan memang diutamakan. Lantainya berkilat, meja makan sentiasa kemas dan terus dibersihkan selepas pelanggan pulang dan tandasnya juga elok terjaga. Pendek kata, kebersihan tidak menjadi isu di Pak Uda. Anda jangan khuatir terkena keracunan makanan jika makan di sini kerana dapur memang bersih dan para petugas di dapur sentiasa memakai apron dan penutup kepala.
10. Konsep dan Dekorasi yang WOW
15- 11 Rahsia Kenapa Pak Uda Pak Uda Kitchen & Grill Tidak Putus Kunjungan Pelanggan - VITDAILY
Merah, hitam dan putih terus menangkap pandangan kami apabila tiba di kafe ini. Gabungan warna ini memang secocok dan membuatkan para pelanggan seperti berada di kafe eksklusif namun harga berbaloi. Ternyata pemilik kafe ini mempunyai citarasa yang tinggi dan mewah dalam menata rias kafenya dengan konsep Hollywood.

sumber

0 comment... add one now