10 Pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia

ADAKAH anda menerima gaji antara yang tertinggi di Malaysia? Jom kita dapatkan jawapannya.

Apabila memilih kerjaya, selain dari mencari bidang kerja yang bermakna dan mencabar, adalah juga penting untuk kita melihat prospek peningkatan pendapatan. Pastinya, semua dari kita memerlukan wang untuk memenuhi keperluan harian dan gaya hidup serta komitmen kewangan yang lain.

Menurut The 2016 Hays Asia Salary Guide, pada hakikatnya, 53 peratus rakyat Malaysia menganggap gaji dan faedah sebagai keutamaan apabila memilih pekerjaan. Dalam erti kata lain lima dari 10 rakyat Malaysia menjadikan prospek gaji sebagai faktor penentu dalam memilih pekerjaan.

Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga melihat wujudnya cabaran baharu dan peluang peningkatan kerjaya – sebagai dua faktor seterusnya dalam memilih peluang pekerjaan.

Namun begitu, meskipun gaji dilihat sebagai faktor penting kepada rakyat Malaysia, terdapat lebih dari satu tinjauan yang mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima.

Kaji selidik oleh Salary Explorer mendedahkan rakyat Malaysia hanya mengumpul 2.42 mata berkaitan kepuasanhati terhadap gaji mereka, sedikit tinggi berbanding jumlah purata global iaitu 2.36. Kelihatannya, warga dunia pada dasarnya merasakan gaji yang mereka perolehi tidak setimpal dengan beban kerja atau mampu memenuhi keperluan asas mereka.

Sementara itu tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan. Adalah penting untuk mengimbangi antara gaji dan kepuasan kerjaya.

Jadi, di mana datangnya ‘gaji lumayan’ ini?

Salary Explorer baru-baru ini menerbitkan ranking atau kedudukan pekerjaan dengan gaji lumayan.

Menerusi 2016 Highest Paying Jobs, ia menentukan apakah pekerjaan terbaik di Malaysia berdasarkan gaji bulanan. Maka tidak hairanlah semua pekerjaan teratas datang dengan gaji enam angka setiap bulan!
Jika dilihat 10 kerjaya profesional teratas, ada beberapa persamaan di antara kerjaya ini, antaranya lebih tinggi kelayakan, kepakaran yang dicari, berpengalaman dan kurang keperluan automasi atau persaingan.

Jika anda berharap untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi pada tahun-tahun mendatang, infografik berikut memaparkan senarai pekerjaan dengan gaji paling lumayan di Malaysia.

10 kerjaya dengan gaji paling lumayan

2 comments.. read them below or add one

Abam Kie Abam Kie Julai 02, 2016
baik sy jd cikgu sekolah je la. cuti byk n ada byk masa dgn famili biarpun gaji cukup2 mkn je.
ayunie ramli ayunie ramli Julai 03, 2016
keje dekat bank, glam je lebihhh. mase tak de nk spend dengan kluarga.