Zainol Macwilson Jelaskan Isu Sah Bernikahnya Hanyalah Babak Lakonan Drama!

Zainol-MacWilson-Selamat-Diijabkabul-700x420

Sejak pagi tadi, heboh gosip mendakwa pelakon Zainol Macwilson telah selamat diijab kabul dengan seorang wanita pada 19 Jun lalu.
Ini berikutan tersebarnya satu gambar yang menyaksikan Zainol bersama seorang wanita lengkap memakai baju pengantin berada dalam sebuah masjid.
Lebih panas, majlis yang kononnya berlangsung secara tertutup di Kangar, Perlis itu turut dilaporkan tidak diketahui oleh anak kandungnya sendiri, Zahirah yang juga seorang pelakon.
Susulan itu, Zainol tampil menafikan perkara itu dan menyifatkan penyebaran gambar tersebut sebagai mengarut.
Jelas Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari Macwilson, 57, gambar itu adalah sebahagian babak yang  dilakonkannya dalam drama Dia Semanis Honey edisi Raya.
 “(Sambil ketawa) awak jangan percaya dengan gosip di internet. Gambar itu hanyalah babak nikah saya dengan seorang pelakon baharu untuk drama ‘Dia Semanis Honey’ edisi Raya.
“Saya belum bernikah dengan mana-mana wanita lagi. Ada ke orang nak saya?” katanya kepadaBH Online.
Sebuah blog sebelum ini melaporkan bahawa majlis itu dirahsikan kepada umum atas permintaan keluarga perempuan.
Sementara itu, Zainol meminta agar isu ini tidak diperbesar-besarkan.
Dalam pada itu, pengarah drama ‘Dia Semanis Honey’, Hadith Omar tampil dengan kenyataan yang berbeza dan mengejutkan.
“Untuk drama ‘Dia Semanis Honey’, Zainol menjayakan watak Doktor Farid yang sudah pun berkahwin. Jadi, tiada babak nikah untuk watak itu,” katanya.


Terdahulu, Zainol pernah mendirikan rumah tangga dengan Maslinda Yusof, 42, sebelum bercerai pada 9 November lalu. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now