'Z Tyre' tayar kereta paling termahal di dunia bertatahkan berlian






Jika anda rasa bahawa telefon mudah alih bertahkan berlian merupakan aksesori fesyen yang boros dan sia-sia, bagaimana pula dengan tayar kereta bertatahkan berlian? Ya, benar, ia nya memang sebenarnya wujud. Ia nya  dihasilkan oleh firma Z Tyre yang berpangkalan di Dubai, dan dilaporkan merupakan tayar kereta yang paling mahal di dunia.
Z Tyre berkata ia mencipta tayar amat mewah ini untuk “meraikan dan mengiktiraf nilai sebenar rangkaian tayar berprestasi tinggi.” Sudah tentunya ia hanya sekadar cakap pemasaran untuk mencari publisiti, namun hasilnya tetap unik.
Reka bentuk tayar ini menggabungkan satu set tayar Z Tyre sendiri dengan batu berlian “dipilih khas” dan daun emas 24-karat. Tayar ini direka di Dubai, sebelum dihantar ke Itali untuk ditatah berlian oleh tukang pakar. Selepas itu, set tayar ini kembali ke Dubai di mana daun emas pula disalut oleh artisan yang bekerja di istana presiden Abu Dhabi yang baharu.
Satu set empat tayar baru-baru ini dilaporkan telah dijual pada harga AS$ 600,000 yang sudah cukup untuk pengiktirafan oleh Guinness World Records. Semua keuntungan jualan tayar ini disalurkan kepada Yayasan Zenises, yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan di seluruh dunia.
Sumber: Z Tyre, kredit: Careta 
Ketua Pegawai eksekutif Z Tyre CEO Harjeev Kandhari bersama 'tayar termahal di dunia'
Ketua Pegawai eksekutif Z Tyre CEO Harjeev Kandhari bersama ‘tayar termahal di dunia’

0 comment... add one now