Xpax App hadir khas untuk Android mudahkan semak baki akaun, kuota data

xpax android app

Pengguna Maxis, Hotlink, Digi dan Umobile sudah lama boleh menggunakan aplikasi iOS dan Android untuk memudahkan menyemak baki akaun, jumlah penggunaan data dan sebagainya. Kini Xpax turut hadir dengan aplikasi khas untuk Android yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan aplikasi daripada pesaing.

Xpax Android App

xpax android app

Aplikasi ini adalah masih dalam peringkat awal jadi pengguna mungkin akan mengalami masalah crash atau gagal untuk log masuk. Xpax Android app ini juga hanya menyokong Xpax Prepaid (termasuk Magic Sim dan New M4gic Sim) dan tidak menyokong pengguna Celcom Postpaid.

Bagi pengguna iPhone, saya menjangkakan ia akan hadir tidak lama lagi dan anda perlu menggunakan *118# atau SMS seperti biasa untuk ketahui baki dan penggunaan data.

Download Xpax App Android

Sumber - einz.my 

0 comment... add one now