Wow! KFC India perkenal kombo "Watt A Box", yang boleh mengecas telefon bimbit anda!

KFC India perkenal kombo "Watt A Box", yang boleh mengecas telefon bimbit anda!

Syarikat rangkaian makanan segera, KFC di India memperkenalkan kombo hidangan terbaharu 'Watt A Box', yang juga mempunyai keupayaan untuk mengecas telefon bimbit pelanggan. 

Menurut KFC india, kombo hidangan ini akan dilengkapi dengan 'power bank' dan kabel USB.

Ia boleh mengecas telefon bimbit Android serta iPhone. 

Namun, ia hanya boleh didiapti di beberapa lokasi di Mumbai dan Delhi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC India, Lluis Ruiz Ribot, kombo hidangan 5in1 diperkenalkan pada Mac lalu dengan matlamat menyediakan hidangan yang lengkap pada harga yang berpatutan.

Tambahnya, syarikat itu telah menggunakan kemajuan teknologi yang sedia ada dengan melancarkan ‘Watt A  Box’.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama rangkaian makanan segera itu menambah sentuhan teknologi pada menunya.
Ketika sambutan ulang tahun KFC di Kanada, ia memperkenalkan ‘bucket’ ayam goreng yang dilengkapi ‘Bluetooth’ bagi membolehkan pengguna mencetak foto daripada telefon mereka.

0 comment... add one now