Wow! Anda Pasti Tak Sangka Siapa Wanita Cantik Ini Sebenarnya Mengejutkan!

jia4
Anda pasti akan melihat dua kali siapa wanita yang akan menyambut tetamu di Forum Musim Panas Davos yang berlangsung di Tianjin, China ini.
Wanita cantik molek ini bagaimanapun bukanlah seperti yang anda semua bayangkan kerana dia bukanlah manusia biasa!!
jia1
Yaa..wanita cantik yang diberi nama Jia Jia ini adalah robot terbaru yang dihasilkan oleh Chen Xiaoping dan rakannya di University of Science and Technology of China.
Jia2
Jia Jia yang dipamerkan sebagai penyambut tetamu di forum terbabit dikenakan lengkap dengan busana tradisional China, dengan sepit rambut klasik yang pasti akan menarik perhatian pengunjung.
Rupa Jia Jia langsung tidak menggambarkan bahawa dia sebenarnya adalah sebuah robot kerana ia mampu berinteraksi.
jia3
‘Otak’ Jia Jia sebenarnya adalah sebuah pangakalan data dalam talian yang disambungkan ke platform computer cloud yang membuatkan ia mampu memproses emosi dan ucapan apabila data baru dimuat naik.
jia5
Jia Jia mampu berinteraksi dengan soalan yang diajukan kepadanya dalam tempoh kurang daripada satu saat.
Jia6
Malah terdapat laporan yang mengatakan bahawa Jia Jia mampu menghasilkan ekspresi mikro dan mengecam ekspresi muka orang lain.
Jia7
“Hello semua, saya Jia Jia. Selamat datang!! Jangan ambil gambar saya terlalu dekat nanti muka saya nampak gemuk,” ucap Jia Jia kepada semua pengunjung di forum itu.

Sumber: Dailymail

0 comment... add one now