Wanita Ini Layak Diviralkan, Dari Gadis Jual Air Tepi Jalan Jadi Jutawan Kosmetik!

Berasal daripada keluarga biasa biasa, wanita ini kini boleh berbangga dengan dirinya sendiri atas usaha yang beliau telah laburkan. Berkat usaha dan kesungguhan yang tinggi, beliau kini mempunyai syarikatnya sendiri, perniagaan berasaskan kosmetik iaituIbeauty. 


Memang tidak mudah untuk berjaya dengan hasil titik peluh sendiri tetapi wanita tabah ini mempunyai cita cita dan wawasan yang tinggi untuk menjadi seorang yang bergelar usahawan berjaya dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Lahir dalam keluarga anak Felda yang serba kekurangan suatu masa dahulu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mengubah nasib suatu hari nanti. Ketika remaja lain seronok menikmati alam mereka, beliau tidak merasa zaman itu. Beliau sudah berniaga kecil kecilan dengan menjual air di tepi jalan. Minat atau keadaan yang memaksa untuk menyara keluarga menjadikan beliau lebih berusaha dan berdikari dalam menjalani kehidupan.
gambar hiasan - google.com

Bertitik tolak daripada kehidupan silam membuatkan beliau nekad untuk mengubah nasib kearah yang lebih baik. Tertubuhnya Ibeauty adalah hasil daripada pengorbanan dan usahanya selama ini. Dengan pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kosmetik membuatkan jenama beliau kukuh dalam pasaran di Malaysia.

Antara yang paling laris ialah THE KILLER PRODUCT "iSKIN SKINCARE & PIGMENT BOOSTER" yang membantu masalah kulit jeragat wanita di Malaysia.





Sebenarnya semua orang boleh berjaya. Apa yang penting kesungguhan dan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa bila berhadapan dengan masalah dan halangan. Tidak hanya menunggu peluang tapi rebut dan cipta kejayaan tersebut. Itulah yang dilakukan pengasas Ibeauty iniElla Danial 
pengasas Ibeauty, Ella danial

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 26, 2016
Pergghh, siapa sangka kan rezeki dia :)