Viral Selena Gomez Menari Dengan Peminat Cilik Nethery



PELAKON dan penyanyi pop Selena Gomez berpeluang bertemu dengan bintang Internet Audrey Nethery sebelum persembahannya di Louisville, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Nethery berusia 7 tahun menghidap penyakit Diamond Blackfan Anemia (DBA) merupakan bintang internet yang terkenal dengan video Zumba untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit yang jarang-jarang berlaku.
Viral Selena Gomez Menari Dengan Peminat Cilik
“Akhirnya dapat juga berjumpa dengan si comel ini,” tulis Gomez melalui salah satu posting di Instagramnya.
Malah terdapat sebuah klip video menunjukkan Gomez menari-nari dengan Nethery berlatar belakangkan lagu kegemaran Nethery iaitu Love You Like A Love Song.
Difahamkan, Gomez pernah meninggalkan komen di laman Instagram Nethery beberapa bulan lalu berkata,” Audrey, awak seorang penghibur yang menakjubkan! Hubungi saya jika anda memerlukan pasangan duet.”
Video Gomez menari dengan Nethery menjadi viral di laman sosial. Video tersebut turut dimuat naik di laman Instagram milik Gomez dan menerima tontonan sebanyak 8.5 juta dan 123.1 komen.-MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now