Viral beras jenama Moghul Faiza Basmathi telah diciplak bungkusan dan logo!


SYARIKAT Faiza Sdn Bhd (SFSB), pengeluar beras jenama Faiza menafikan bahawa pihaknya ada membuat penjenamaan baru pada salah satu beras keluarannya.
Viral di media sosial sejak beberapa hari ini, beras jenama Moghul Faiza Basmathi yang dikatakan telah ‘diciplak’ bungkusannya oleh sebuah syarikat baharu iaitu Faiz Rice Sdn. Bhd.
Logo Dan Bungkusan Beras Faiza Diciplak?
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, sekali pandang memang payah untuk membezakan antara bungkusan beras keluaran Faiza yang asli dengan pesaingnya itu.
Logo Dan Bungkusan Beras Faiza Diciplak?
Logo Dan Bungkusan Beras Faiza Diciplak?
Jelas SFSB, pihak mereka akan memaklumkan kepada masyarakat sekiranya berlaku perlantikan syarikat lain untuk bernaung di bawahnya bagi tujuan pengedaran produk keluaran mereka.
Tegas SFSB lagi, pihaknya tiada kaitan atau mempunyai unsur-unsur kekeluargaan dengan syarikat Faiz Rice Sdn. Bhd.  itu.
Logo Dan Bungkusan Beras Faiza Diciplak?
Susulan itu, pihak SFSB telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan.
“Kami dah pun mengambil tindakan undang-undang ke atas packaging dan logo yang hampir menyerupai keluaran Syarikat Faiza Sdn Bhd.” -MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now