Video: Rakaman CCTV Remaja Perempuan 'Diganggu' Lelaki Dalam Lif, Lihat Terjadi Lepas Itu!


14 Jun - Satu video yang merakamkan seorang perbuatan seorang lelaki cuba mengganggu seorang remaja perempuan di dalam sebuah lif menjadi viral di media sosial hari ini.

Video yang berdurasi selama 1 minit 37 saat itu memaparkan lelaki berkenaan yang masuk kemudian dalam lif tersebut cuba memegang-megang remaja terbabit.

Remaja itu kemudian cuba menepis lelaki itu tetapi dihalang. Selepas beberapa kali mencuba gadis itu berjaya keluar dari lif terbabit.

Video itu dimuat naik di page Metafora Anafora dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen yang ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Difahamkan juga, video berkenaan turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook di timeline Siakapkeli petang tadi sebelum dimuatnaik oleh page Metafora Anafora.

Namun lokasi kejadian tidak dinyatakan. 


0 comment... add one now