Video: Pelajar IPTS Cedera Diragut 3 Lelaki Ketika Sedang Tunggu Teksi


Kuala Lumpr, 12 Jun : Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) cedera selepas dia diragut oleh tiga lelaki yang bermotosikal ketika dia sedang menunggu teksi berdekatan dengan geraja di Jalan Tun Sambanthan di sini dalam kejadian kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.20 tengah hari itu, wanita yang berusia 20 tahun itu sedang menunggu teksi di hadapanpondok pengawal gereja itu.

Tiba-tiba mangsa didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal. Pada mulanya mereka dilihat cuba memasuki kawasan gereja itu.

"Bagaimanapun dua suspek menaiki satu motosikal berpatah balik dan meragut beg silang milik wanita berkenaan tetapi tidak berjaya dan mangsa terjatuh.

"Lalu, seorang daripada suspek menunggang motosikal sendirian di belakang mereka pula cuba mengambil telefon bimbit daripada mangsa sebelum melarikan diri," katanya menerusi satu kenyataan.

Zainol juga berkata, mangsa dihatar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya selepas cedera di kepala, tangan dan kaki.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun yang mendatangkan kecederaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro

0 comment... add one now