Video Nissan GT-R 2017 lawan ‘drone’ terpantas di dunia






Nampaknya cukup banyak kejutan berlaku semasa Goodwood Festival of Speed di United Kingdom. Nissan, selain membawa ‘Godzilla’ mereka iaitu GT-R 2017, turut mempamerkan sebuah lagi GT-R tetapi hanya seberat 700 gram iaitu sebuah ‘drone’.
Dalam video promosi yang disiarkan, Nissan dikatakan memerlukan sebuah ‘drone’ yang pantas untuk merakam GT-R mereka dan ‘drone’ ini adalah jawapannya.
Ia dibina khas oleh pemenang kejuaraan World Drone Prix, Tornado XBlades Racing dan mempunyai spesifikasi seperti berikut:
  • 0 to 100 km/j dalam masa 1.3 saat
  • laju maksimum 185 km/j
  • empat bilah kipas yang disambung pada motor elektrik XNova 2,000-kV
  • bateri lithium-polymer 1,400 mAh
  • kerangka lumba Sky-Hero
GT-R vs drone-2

Nissan walaubagaimanapun tidak bercadang untuk mengkomersialkan ‘drone’ ini.

0 comment... add one now