Video nasib kanak-kanak ini hampir jadi santapan singa, tapi sebaliknya berlaku?


Apa akan jadi kepada nasib kanak-kanak ini sekiranya tiada cermin gelas berkenaan?
Video yang dipaparkan ini menunjukkan seekor singa cuba menerkam seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dilihat merenung ke arah binatang buas tersebut.
Namun, usaha raja rimba itu tidak kesampaian berikutan ia dipisahkan dengan gelas kaca yang menutupi kandangnya di Zoo Chiba, Jepun.
Menurut seorang pakar yang mengkaji perihal singa, Adam Roberts, singa dilahirkan sebagai binatang yang sangat liar dan buas dan berdasarkan tingkah laku kanak-kanak itu merenungnya, singa itu Berasakan budak itu mangsa yang perlu ditewaskannya.
“Sebab itu ianya adalah normal melihat singa itu ingin menerkam ke arah kanak-kanak tersebut,” katanya.
Sementara itu, penjaga zoo di lokasi tersebut berkata binatang itu sekadar mahu ‘bergurau’ dengan kanak-kanak berkenaan.

0 comment... add one now