(Video) misteri kononnya nenek dirasuk lepas ambil barang jatuh di supermarket, masih tanda tanya?


Viral baru-baru ini sebuah video menunjukkan seorang wanita warga emas yang seakan-akan dirasuk selepas meletakkan kembali barang yang terjatuh dari raknya.
Menerusi rakaman berdurasi tiga minit itu dapat dilihat satu barang jatuh secara misteri dan ingin meletakkan semula diraknya, secara tidak semena-mena wanita itu mula beraksi pelik seperti kerasukan dan menjerit selain terduduk di situ.
Sumber Mirror UK walau bagaimanapun tidak mengetahui di mana insiden ini mengambil tempat.
Perlakuan aneh wanita itu menakutkan sebahagian pengunjung pasaraya yang berada berhampiran dengannya pada ketika itu.
Tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju hitam yang cuba membantu wanita tersebut sebelum kamera litar tertutup itu dilintasi satu ‘cahaya’ yang dipercayai merasuk wanita tersebut.
Walaupun begitu, ada di kalangan netizen berpendapat video ini adalah palsu dan lakonan semata-mata.
Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihannya mengenai perkara tersebut. Mirror Uk 



0 comment... add one now