Video Alunan Merdu Johan As’ari Ketika Baca Al-Quran Memukau Hati Peminat Di Instagram


Bukan sahaja hebat sebagai pelakon, malah kebolehan Johan As’ari mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan merdu membuatkan ramai hati pengikutnya di Instagram tersentuh malah berbangga dengan pelakon ini.
 
Pelakon yang terkenal dengan filem Juvana ini memuat naik dua buah video beliau bertadarus Al-Quran di Instagram dan  berkapsyen  “Hai yang mulia sahabat-sahabat ku sayang, marilah sama-sama kita belajar Al-Quran. Saya masih belajar, banyakkan bertadarus dan membaca Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah SWT memberkati. #niatbelajar,
 
Johan menyeru semua peminat agar membaca Al-Quran sempena di bulan yang mulia ini. Bacaannya begitu baik sekali sehingga timbul rasa tenang di hati bagi sesiapa yang mendengarnya. Rata-rata membanjiri ruangan komen dan berbangga dengan pelakon yang bukan sahaja leka mengejar duniawi, namun turut seimbangkan ajaran yang akan dibawa ke ahirat nanti. 

 

0 comment... add one now