Umat Islam Di Finland Puasa Selama 23 Jam Sehari

Umat Islam Di Finland Puasa 23 Jam Sehari

SEJUMLAH 1.5 juta umat Islam di seluruh dunia telah mula berpuasa pada Isnin lalu. Ramai sedia maklum, tempoh berpuasa di setiap benua berbeza-beza panjangnya.
Perbezaan jangka masa ini berlaku kerana tempoh berpuasa bergantung kepada jarak waktu diantara matahari terbit dan terbenam, yang berubah-ubah berdasarkan latitud dan longitud sesebuah negara.
Menurut portal Sinar Harian, umat Islam yang tinggal di Bulatan Artik berdepan cabaran hebat apabila matahari hanya tenggelam selama 55 minit hingga 1 jam.
Umat Islam Di Finland Puasa 23 Jam Sehari
Jelas seorang lelaki warga Bangladesh iaitu Mohammed dan keluarganya yang tinggal di Utara Finland, berkata, mereka berpuasa pada pukul 1.35 pagi dan berakhir pada pukul 12.48 pagi hampir keesokan harinya pada tahun lalu.
Jelasnya yang dipetik daripada portal Independent UK, sanak saudaranya yang tinggal di Bangladesh sukar untuk mempercayai bahawa mereka berpuasa selama 23 jam sehari.
Umat Islam Di Finland Puasa 23 Jam Sehari
Umat Islam Di Finland Puasa 23 Jam Sehari
MOHAMMED
Walaupun begitu, dia dan keluarga mampu menyempurnakan ibadah puasa tanpa sebarang masalah.
“Mereka akan kata, ia susah untuk dipercayai! Tetapi kami berjaya mengharunginya, malah kami berpuasa tanpa sebarang masalah.
Tambah Mohammed lagi, bagi umat Islam yang tinggal di Lapland sempadan Sweden, mereka mengikut waktu berbuka puasa negara Islam berhampiran.
Ramadan
Di sini, Mynewshub berkongsi beberapa buah negara yang mempunyai waktu berpuasa paling lama dunia. Bagi tahun ini tempoh terpanjang adalah di Sweden dan Denmark, di mana umat Islam di sana berpuasa lebih daripada 20 jam sehari.
Manakala Argentina dan Australia mengalami tempoh puasa yang paling singkat iaitu selama 9 jam 30 minit. 

0 comment... add one now