UM, UPM Duduki 50 Tangga Teratas Dalam Ranking Asia QS 2016


Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai dalam 50 kedudukan teratas Ranking Univerisiti di Asia QS 2016.
Senarai itu diumumkan menerusi laman web Top Universities pada hari ini.
Dengan pengumuman itu, menyaksikan UM naik 2 tangga dari kedudukannya terdahulu seterusnya berada di kedudukan ke-27.
Manakala UPM meningkat dengan cukup memberansangkan apabila berada di tangga ke-49 dari tangga ke-66.
Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di tangga 55, dan Universiti Teknologi Malaysia pula di kedudukan 63.
Pada tahun ini, QS University Ranking Asiatelah meluaskan rangkingnya dengan menyenaraikan sejumlah 350 universiti terbaik di rantau asia sekali gus menambah 50 universiti lagi berbanding tahun lalu. 

0 comment... add one now