U Mobile Bakal Hadir Pelan Hero P98 Dengan 30GB Data Dan Panggilan Tanpa Had Untuk RM98 Sebulan?

U Mobile sering hadir dengan penawaran pelan telekomunikasi menarik yang sukar dicabar penyedia lain. Kini, melalui info tertiris melalui Lowyat.NET, ia dilihat U Mobile bakal memperkenalkan sebuah pelan baru yang menawarkan penggunaan data sehingga 30GB dan panggilan tanpa had.
Pelan baru ini akan dikenali dengan nama Hero P98 dan hadir pada langganan RM98 sebulan.
U Mobile P98
Disamping itu, pengguna juga dilihat akan dapat menikmati pelbagai penawaran seperti pada pelan P78, termasuk Data Backpack untuk digunakan ketika berada di luar negara, dan juga Video Onz yang menawarkan data tanpa had untuk strim beberapa perkhidmatan video, termasuk YouTube.
Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak U Mobile akan memperkenalkan pelan mereka. Memandangkan ia sedia tertiris, mungkin kita akan dapat melihatnya dilancarkan dalam masa terdekat.

2 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli Jun 24, 2016
Tu diaaaa. Kaw kaw punya sellingg