Tutorial: cara install iflix pada TM Unifi HYPP TV



iFlix merupakan satu servis movies dan tv series streaming yang baru bertapak di Malaysia. Banyak movie dan tv series menarik boleh di tonton dengan sangat cepat dan mudah.

Berita baik buat pengguna UniFi di mana iFlix telah memberi langganan percuma selama setahun buat semua pengguna UniFi. Best tu!
Bagaimanapun, app iFlix tidak di datangkan secara default pada peranti Set Top Box HyppTV, dan anda perlu install sendiri aplikasi iFlix untuk menikmati streaming movies dari iFlix. Ikuti tutorial ini untuk menambah aplikasi iFlix pada STP HyppTV anda.
Jika anda pengguna baru Unifi bermula dari pertengahan tahun 2015, anda akan mendapat Set Top Box HyppTV yang mempunyai Android dan PlayStore terbina dalam. Dengan hadirnya fungsi PlayStore, ini memudahkan pengguna Unifi untuk menambah pelbagai aplikasi baru yang berguna.

Langkah-langkah install iFlix pada HyppTV

  1. Buka Playstore dan cari app “ES File Explorer”iflix-hypptv1
  2. Download dan install pada peranti HyppTV anda
  3. Sekarang kita perlu download APK iFlix dari web untuk di install. Ini kerana jika anda cuba download dari Playstore, akan terdapat satu error yang menyebabkan anda tidak dapat install iFlix secara terus dari PlayStore.
  4. Untuk download APK iFlix latest version, kunjungi link ini https://apkpure.com/iflix/iflix.play
  5. Download APK dan copy ke dalam pendrive anda.iflix-hypptv2
  6. Cucuk pendrive tersebut ke USB port pada peranti HyppTV Set Top Box.
  7. Selepas itu buka kembali app ES File Explorer dan cuba cari menu untuk akses ke pendrive anda.
  8. Klik pada APK iFlix dan mulakan proses install.
  9. Selepas iFlix siap di install, akses iFlix dan anda boleh terus menonton movie dan tv series pilihan tanpa sebarang pendaftaran!
  10. Enjoy your movie 😉
Selamat mencuba dan jangan lupa share jika artikel ini membantu anda.

Kredit : jomphp 

0 comment... add one now