Tujuh Resepi mudah berbuka puasa bulan Ramadan

Assalamualaikum...teman2 blogger!!!

Nampaknya semakin hampir bulan Ramadhan bakal tiba.... boleh bilang berapa hari ja lagi.... aku rasanya nak kongsikan resepi mudah untuk berbuka puasa. Dengan informasi ini mudah-mudahan bagi ibu yang surirumah atau pun bekerja boleh guna resepi ini untuk seisi keluarga anda.

Beef Stew / Stew Daging Sekali Harung

Bahan-bahannya: 
Daging batang pinang (dipotong kecil)
Kentang (dipotong 4)
Lobak merah (dipotong panjang)
Batang saleri (dipotong panjang)
Bawang besar (dipotong 4) 
Rempah sup bunjut (1 ketul)
Tomato puri (separuh tin) 
Gula & garam (secukup rasa) 
Daun sup & bawang (dipotong kecil)

Cara-caranya:
Rebuskan daging bersama rempah sup bunjut sehingga daging empuk. 
Masukkan semua bahan-bahan diatas sekaligus sehingga lembut. 
Masukkan gula dan garam.
Hiaskan dengan daun sup & bawang.

Bawal Tiga Rasa Letup-Letup

Bahan-bahannya: 
Ikan bawal hitam (dipotong dua)
Sos ikan (2 sudu)
Sos cili thai (4 sudu)
Sos tiram (4 sudu)
Bawang besar (dipotong dadu) 
Bawang putih (dihiris) 
Halia (dihiris) 
Gula & garam (secukup rasa) 
Daun sup & bawang (dipotong kecil)
Cili (dipotong) 

Cara-caranya:
Goreng ikan sampai garing. Toskan minyak.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 
Masukkan semua jenis sos dan tumis 3 minit.
Masukkan gula dan garam.
Tuangkan sos ke atas ikan bawal tadi. 
Hiaskan dengan daun sup & bawang serta cili.

Ikan Bawal Masala Bombay Mari

Bahan-bahannya: 
Ikan bawal hitam (dipotong dua)
Serbuk masala (1 sudu) 
Serbuk jintan putih (1 sudu)
Serbuk jintan manis (1 sudu)
Serbuk jintan hitam (1 sudu)
Serbuk ketumbar (1 sudu)
Serbuk cili (1 sudu)
Bawang besar (dihiris) 
Bawang putih (dihiris) 
Halia (dihiris) 
Daun kari (10 helai) 
Gula & garam (secukup rasa) 

Cara-caranya:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan daun kari.
Masukkan semua jenis serbuk dan tambah air sedikit. 
Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sempurna. 
Masukkan gula dan garam. 

Filet Ketam Sos Manis Tah Apa-Apa

Bahan-bahannya: 
Filet ketam (1 paket)
Sos ikan (1 sudu)
Sos cili thai (2 sudu)
Sos tiram (2 sudu)
Lobak putih (dihiris bulat)
Lobak merah (dipotong panjang)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris) 
Halia (dihiris)
Cili (dihiris)
Gula & garam (secukup rasa)
Serbuk lada putih (secukup rasa)

Cara-caranya:
Rebus filet ketam. Toskan airnya. 
Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia.
Masukkan semua jenis sos serta lobak putih dan lobak merah sehingga lembut.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan filet ketam.

Kentang Bilis Lobak Masin Bergabung Bersama

Bahan-bahannya: 
Kentang (dihiris bulat)
Ikan bilis 
Lobak masin (dihiris dadu)
Bawang merah (dihiris)
Cili (dihiris)
Gula (3 sudu)

Cara-caranya:
Goreng kentang. Toskan minyak.
Goreng ikan bilis. Toskan minyak.
Goreng lobak masin. Toskan minyak.
Goreng bawang besar dan cili, dan masukkan ketiga-tiga bahan diatas.
Taburkan gula ke atas semua bahan sehingga lebur.

Butter Prawn / Udang Mentega Adik Manisss 

Bahan-bahannya: 
Udang
Mentega (3 sudu)
Susu pekat manis (3 sudu)
Bawang putih (dipotong dadu kecil)
Telur (1 biji) 
Daun kari (10 helai)

Cara-caranya:
Goreng udang. Toskan minyak.
Tumis bawang putih.
Masukkan mentega, susu dan telur. Kacau hingga hampir pekat.
Masukkan udang dan kacau hingga sebati dan kering.

Nasi Bukhara Ayam Rempah Madu Yalla Yalla

Bahan-bahannya:
A) Nasi Bukhara
Beras basmathi
Daging (dipotong kecil)
Rempah bukhara (1 paket)
Bawang besar (dipotong dadu kecil)
Bawang putih (dihiris)
Tomato kecil (dipotong 4)
Garam (secukup rasa)   
Kismis (4 sudu)
Minyak masak (3 sudu)

B) Ayam Rempah Madu
Peha ayam
Madu
Garam & lada hitam (secukup rasa)

Cara-caranya:
A) Nasi Bukhara
Masak nasi. 2 cawan beras basmathi = 2 1/2 cawan air. Biarkan 5 minit yakni separuh masak.
Tumiskan semua bahan-bahan diatas kecuali kismis. Masukkan rempah serta sedikit air sehingga masak.
Masukkan semua bahan tumisan ke dalam periuk nasi dan kacau hingga rata. Masukkan minyak masak. 
Teruskan masak nasi dan kacau nasi setiap 4 minit. Masukkan kismis. Kacau lagi hingga nasi masak.

B) Ayam Rempah Madu
Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan biarkan 20 minit.
Goreng ayam sehingga garing.

Kredit - biqque 

0 comment... add one now