Touch 'n Go baru perkenal jam kad bayaran tanpa sentuh


Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) melancarkan produk e-bayaran terbaru dikenali sebagai TimeTraveller.
Ia adalah jam kad bayaran tanpa sentuh pertama di Malaysia yang dilengkapi ciri bayaran dan tambah nilai.
Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin berkata, jam tangan berkenaan adalah produk pertama daripada beberapa produk dan perkhidmatan Touch 'n Go yang akan dilancarkan tahun ini.
"Matlamat jangka panjang kami adalah untuk mengubah landskap mikro bayaran di Malaysia," katanya selepas pelancaran di sini, hari ini.
Untuk permulaan, TimeTraveller ditawarkan pada harga RM155 dengan nilai tambah RM20. Harga runcit adalah RM239.

0 comment... add one now