Tips Penjagaan Akuarium Yang Anda Patut Cuba


Memelihara ikan hiasan dalam akuarium pastinya menjadi pilihan untuk mewujudkan suasana dalaman tempat tinggal yang menenangkan dan juga rileks.
Namun pastinya ramai yang tidak suka untuk melakukan kerja-kerja renyah membersihkan akuarium dan menukar air yang sudah berkeladak dengan air baru yang lebih bersih dan jernih kan?
Tips kali ini adalah untuk mengurangkan kadar pertukaran air akuarium anda dalam masa yang singkat. So, anda tidak perlulah banyak kali tukar dan bersihkan air akuarium anda dalam jangka masa yang singkat. Kan ke memenatkan tu…
Apa yang boleh anda lakukan adalah;
plecostomus_700
1. Bagi akuarium air tawar, anda boleh memelihara ikan atau haiwan yang boleh membantu membersihkan kotorn seperti ikan bandaran dan juga lumut. Haiwan dan lumut akan memakan sisa-sisa makanan ikan dan lumut dalam akuarium. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kedai akuarium.
akuarium filter3
2. Bagi mengelakkan air akuarium anda menjadi terlalu cepat keruh, pastikan anda menggunakan penapis atau fiter yang berkualiti. Mungkin harganya agak mahal tetapi ia amat berbaloi untuk membersihkan akuarium anda. Ikan peliharaan kesayangan anda pasti selesa dalam persekitaran air yang jernih dan bersih.
arang
3. Selain menggunakan penapis, anda juga boleh memasukkan sepotong arang ke dlam akuarium anda. Amalan memasukkan arang ke dalam akuarium anda akan membantu menjaga kualiti air akuarium untuk kehidupan ikan peliharaan anda yang lebih baik.
Cloudy-Water
4. Air akuarium perlu diganti secara berkala. Tetapi anda jangan buang begitu sahaja air akuarium yang sudah kotor itu. Ia sebenarnya boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Air buangan akuarium ini sebenarnya mengandungi vitamin, mineral, klorin dan bebas daripada zat kimia yang sangat bermanfaat untuk tanaman anda.
Dengan tips yang berguna ini, anda pasti dapat menikmati keindahan akuarium anda yang pastinya menenangkan dan mereleasekan tension anda selepas penat bekerja atau belajar seharian. Selamat mencuba!!

0 comment... add one now