Tips Hilangkan Lipas Dan Bau Busuk Kereta Anda



Bau yang busuk dan kurang menyenangkan dalam kereta pasti akan membuatkan kita hilang fokus ketika memandu.
Keadaan ini juga pasti akan menyebabkan anda segan untuk mengajak rakan-rakan mahupun pakwe atau makwe anda untuk naik kereta anda.
kopi
Persepsi mereka pasti berubah bila naik kereta anda dan mendapati bau yang sangat tidak menyenangkan menusuk hidung.
Sudah pasti anda akan dilabel senagai seorang yang tidak menjaga kebersihan dan yang lebih teruk anda akan dilabel sebagai pengotor.
Kebanyakan bau ini adalah berpunca daripada sisa makanan dan minuman yang mungkin tertumpah dalam kenderaan sekaligus menjadikan ia sebagai bahan makanan yang mengundang lipas untuk bersarang dalam kereta anda!!
bau
Namun ada cara yang murah dan mudah serta berkesan untuk mengatasi masalah bau kereta yang kurang menyenangkan serta masalah lipas dalam kenderaan.
Cara untuk hilangkan bau busuk dalam kereta mudah saja ambilkan satu bekas yang tidak bertutup dan masukkan beberapa sudu serbuk kopi.
Pandan_Wangi
Ikatkan bekas yang diisi kopi tadi menggunakan tisu atau sebarang jenis kain yang mengalirkan udara seperti jaring halus dan sebagainya untuk menutup bekas berkenaan.
Kemudian ambil dua helai daun pandan, simpulkan dan letakkan bekas yang diisi serbuk kopi dan juga daun pandan ini dalam kereta anda.
Manfaat_dan_Khasiat_Daun_Pandan
Serbuk kopi akan bertindak menyerap segala bauan yang tidak menyenangkan dalam kereta anda manakala daun pandan merupakan bahan yang berkesan untuk menghalau lipas, lipas sangat bencikan bau daun pandan.
Selamat mencuba!

0 comment... add one now