Tip Elakkan Tudung Berbau Tengik

tip
Gambar : shutterstock

Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Masalah ini sering berlaku dikalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.

Saya kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau.

1. Berikan udara
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.

2. Gantung menggunakan penyangkut baju
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya  dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak.

3. Sembur minyak wangi
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.

4. Sabun buku
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.

5. Serbuk Penaik
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.

6. Minyak Essential
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.

1 comment... add one now

ayunie ramli ayunie ramli Jun 26, 2016
Aiyokk. Kita tahu rendam and basuh dengan sabun basuh kain je. tp ofcourse, gntung ditempat berudara. tak letak dalam almari.