Tindakan Uncle Ini Pelawa Keluarga Susah Berbuka Puasa Buat Netizen Beragama Islam Tersentuh!



Menjadi viral di laman Facebook hari ini beberapa keping gambar yang cukup mengharukan, gambar berkenaan melambangkan kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan patut menjadi contoh terbaik kepada semua orang diluar sana.

Seorang lelaki bernama Kuan Chee Heng menerima pujian ramai netizen beragama Islam apabila lelaki berkenaan telah membantu sebuah keluarga yang susah berbuka puasa.





Menurut beliau, terdapat lapan orang adik beradik yang telah ditinggalkan ayah mereka bersama ibu.

"Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong, ketika jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan."

"Saya menjemput mereka semua untuk makan, bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan," tulisnya.

Ternyata tindakan lelaki ini sungguh mengharukan ramai orang. Berikut adalah reaksi netizen.






KEMASKINI

0 comment... add one now