The Rock bekas gusti WWE ingin jadi Presiden Amerika Syarikat


PELAKON dan bekas bintang gusti WWE, The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson, 44, melahirkan keinginannya untuk bergelar Presiden Amerika Syarikat suatu hari nanti.
Pengakuannya dibuat menerusi majalah GQ keluaran terbaharu yang mana bercerita mengenai minatnya dalam bidang politik.
the rock
Ia bukanlah perkara yang pelik bila mana seorang aktor terlibat dalam bidang politik di negara tersebut, sebagai contoh, sebelum bergelar Presiden AS ke-40, Ronald Reagan telah 27 tahun terlibat dalam bidang seni sebagai seorang pelakon.
ronald
RONALD REAGAN
Bekas gabenor California pula merupakan pelakon filem aksi lasak iaitu Arnold Schwarzenegger yang menyandang gelaran itu dari 2003 hingga 2011.
ArnoldS
ARNOLD SCHWARZENEGGER
“Saya ada menyimpan impian untuk bergelar gabenor dan juga presiden, ia pastinya suatu perkara yang mengujakan (terlibat dalam bidang politik).
“Jika berpeluang menyandang gelaran itu, pastinya saya mahu memberi impak dan kesan terhadap masyarakat secara global. Tapi rasanya saya ada banyak benda lain yang perlu dibuat dahulu (sebelum meneruskan impian bergelar presiden),” katanya memetik majalah berkenaan.
Walaupun ramai peminat menyokong cita-citanya itu, namun Dwayne mengatakan buat masa ini dia masih belum bersedia untuk memikirkan perkara itu lebih jauh lagi. 

0 comment... add one now