"Terowong Gotthard Base" terowong kereta api terpanjang dunia dibuka hari ini!



Terowong kereta api terpanjang dunia dibuka secara rasmi hari ini, hampir tujuh dekad selepas reka bentuk awal dihasilkan. Terowong Gotthard Base sepanjang 57 kilometer yang terletak di bawah Alps dari Erstfeld di tengah wilayah Uri, ke Badio di wilayah selatan.

Reka bentuk asal terowong yang menerusi Laluan Gotthard pada mulanya dilukis jurutera Switzerland, Carl Eduard Gruner, pada 1947. Namun kerenah birokrat menyebabkan ia lewat, bimbang mengenai kos dan halangan lain menangguhkan permulaan pembinaan hingga 1999.

Tujuh belas tahun kemudian dan lebih AS$12 bilion (RM49 bilion) dibelanjakan, Terowong Gotthard Base akhirnya dirasmikan. Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Francois Hollande dan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi, bersama-sama pegawai Switzerland dijangka berada dalam kereta api bagi perjalanan pertama. 

Apabila perkhidmatan sepenuhnya dibuka Disember ini, terowong itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Zurich ke Milan kepada dua jam 40 minit, kurang sejam daripada tempoh perjalanan ketika ini. - AFP

0 comment... add one now