Terkini Ahmad Bashah di ICU, pengsan tiba-tiba amat mengejutkan!


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dlaporkan pengsan ketika menghadiri mesyuarat hari ini dan dikejarkan ke hospital.
Ahmad Bashah dikatakan menyertai mesyuarat bagi mempersiapkan jentera Umno membantu kempen BN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.
Esok adalah hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar di Selangor.
Pasukan petugas itu dikatakan berlepas pada malam ini.
Portam mStar Online melaporkan Ahmad Bashah sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Kedah (KMC).
"Beliau tiba di KMC kira-kira pukul 7.30 malam dan beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora pada pukul 7 petang," kata sumber.
Kedua-dua pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 18 Jun ini.

0 comment... add one now