Terbongkar Kisah Minum Petang Rafidah Aziz & Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu

Siapa sangka, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Azizsebenarnya pernah menewaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertarungan iaitu – gusti lengan.
Memetik laporan daripada Sinar Harian,enurut Rafidah, tidak ramai yang mengetahui perkara itu namun katanya, perkara itu berlaku ketika mereka sedang berbincang tentang kekuatan.
‎“Kami bercakap tentang kekuatan dan katanya wanita ini lemah. Saya beritahu beliau, saya hampir menjadi juara ketika Tingkatan 6 dalam gusti lengan. Saya hanya tak dapat kalahkan seorang budak lelaki yang merupakan seorang ahli bina badan tetapi pelajar lelaki lain saya mampu kalahkan”
‎“Tapi beliau tak percaya dan cabar saya. Kami lawan lengan ketika beliau memakai sut dan saya berbaju kurung. Akhirnya kami gusti lengan di atas meja ketika kami sedang minum petang dan akhirnya beliau kalah,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Obviously Harith Iskander, pada Ahad.
Tambah Rafidah, dia mengenali Mahathir sebagai seorang yang periang namun apa bila ada perkara yang tidak dipersetujuinya, Mahathir tidak akan membantah secara terang-terangan.
Apa pun, kisah tersebut pastinya menjadi memori bermakna buat Rafidah kerana bukan semua orang dapat mengenali bekas Perdana Menteri itu dengan dekat.

0 comment... add one now