Tempuh Saat Susah Di Awal Perkahwinan, Wanita Ini Kongsi Cara Kekalkan Kebahagiaan Rumah Tangganya..

coveryuyu

Di awal perkahwinan tak dapat nafikan pasti tempuh saat-saat paling mencabar, lebih-lebih lagi bila melangsungkan perkahwinan ketika usia yang muda.
Isteri memainkan peranan penting dalam membentuk kebahagiaan rumahtangga, justeru perlu banyak bersabar dan redha melalui masa susah dan senang bersama pasangan.
Ada orang memang jenis bila dah kahwin, tak nak susahkan keluarga. Semua masalah disimpan dan ditanggung sendiri tanpa membebankan ibu bapa, termasuklah masalah kewangan.
Wanita bernama Yuyu Zulaikha ini berkongsi tentang waktu-waktu sukar di awal perkahwinannya. Terasa sungguh kemanisan susah senang bersama dalam perkahwinan apabila membaca kisahnya ini!

Susah Waktu Awal Perkahwinan…

Screenshot-2016-06-01-22.13.25
Kami laki bini, bukan lepas kahwin ja terus hidup senang. Bayangkanlah Yuyu baru habis study 4 bulan, terus kahwin. Duit yang ada, terpaksa guna untuk kenduri sendiri, sebab taknak susahkan bakal suami. Kalau asyik harap duit bakal laki, kejam sangat pulak.
Jadi, lepas ja kenduri kahwin, setengah bulan dok rumah kat Langkawi, seminggu dok rumah mak mertua. Lepas tu cari rumah sewa paling murah kat Selayang. PALING MURAH ya. Tak kisah lah tak dapat rumah idaman pun. Memang kami masing-masing sedaq diri, kami usaha untuk susah senang sama-sama.
Awal kahwin dulu, kami memang pernah susah. Susah betoi. Dan langsung tak share dengan keluarga. Besaq rahmat lah tu keluarga dah support selama ni, takmau menyusahkan lagi. Kami tidoq pun kat toto (comforter) mak mertua bagi pinjam (la ni toto tu jadi harta. Haha). 4 bulan rasanya tidoq atas toto ja. Mana ada katil. Tilam pun takdak. Dah hampir setahun, baru la beli katil. Orang mai rumah, kena dok bersila. Sofa pun takdak duit nak beli. Pulun juga cari duit lebih untuk beli peti ais, kalau dak, lagi baziq la nak beli barang makan selalu kan.

Sama-Sama Susah, Sama-Sama Senang

yuyu-z
Nak merungut tu takmau la. Sapa takmau kahwin ja terus senang kan. Tapi, indahkan perkahwinan tu bila kita sama-sama susah, sama-sama senang.
Jangan lah hampa harapkan bila kahwin ja terus senang. Susahlah nak cari laki macam tu, ekonomi la ni sangat tak membantu. Yang nak membantu tu, kita lah. Sanggupkan mula hidup dengan dia walaupun keadaan susah. InsyaAllah, bila senang, hampa ingat sangat moment tidoq berbulan atas toto tu (best okay tidoq atas toto).
Sekarang ni, Alhamdulillah sangat, dah nak masuk tahun ketiga perkahwinan kami, Allah permudahkan macam-macam, Allah bagi macam-macam. Dah tukaq rumah, Allah pun dah cukupkan keperluan kami. Kadang, terlebih. Alhamdulillah. tapi, moment kami time susah dulu, kami takkan lupa. Tu lah buatkan kami sangat erat. Syukur.
Saling bantu pasangan/bakal pasangan. Jangan bebankan depa dengan macam-macam kehendak kesenangan kita. InsyaAllah. Bila kita sabaq, semuanya mudah.
Sumber: Yuyu Zulaikha

0 comment... add one now