Tas tangan mewah berjenama Hermes catat paling mahal dilelong RM1.23 juta


SEBUAH tas tangan mewah berjenama Hermes mencatat rekod harga paling mahal dalam sejarah, apabila berjaya dilelong dengan harga AS$300,168 atau RM1.23 juta.
Tas tangan itu berjaya dijual kepada seorang individu yang enggan identitinya didedahkan dalam satu acara lelongan di Hong Kong Isnin lalu.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
Beg tangan daripada koleksi ‘Himalayan Nilo Crocodile Birkin‘ itu bersalut 245 berlian dan dihasilkan daripada kulit buaya albino asli. Manakala pemegangnya pula disaluti emas seberat 18 karat.
Pembidaan itu mengalahkan rekod tahun lepas dari jenama yang sama yang berjaya dijual pada harga AS$222, 912 (RM920,705).
Hermes sememangnya terkenal sebagai pengeluar tas tangan mewah yang memiliki ladang pembiakkan buayanya sendiri dan kulit buaya albino merupakan sesuatu yang luar biasa.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
Beg tangan dari jenama Hermes adalah antara salah satu jenama beg tangan paling mewah di dunia dan menjadi pilihan banyak selebriti ternama, antaranya Victoria Beckham dan Kim Kardashian.
Tas Tangan Kulit Buaya Albino Dilelong RM1.23 Juta
VICTORIA BECKAM (KIRI) DAN KIM KARDASHIAN MASING-MASING DENGAN BEG TANGAN JENAMA HERMES
Semestinya, beg tangan ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad atau limited dan hanya disediakan untuk pelanggan elit  Hermes yang  ‘terpilih’ sahaja. 

0 comment... add one now