Tak sangka tasik ni 'Tasik Qiandao' di dalamnya terkandung dua bandar purba!

tasik5

Tasik Qiandao yang membawa maksud ‘tasik seribu pulau’ ini terletak di Zhejiang, China merupakan salah satu daripada 44 kawasan keindahan alam semulajadi paling luas di China.
tasik1
Berkeluasan 573 kilometer persegi, tasik ini memiliki 1,078 pulau yang bertaburan serta memiliki kedalaman 34 meter.
Apa yang menarik mengenai tasik ini ialah di dalamnya terkandung dua bandar purba iaitu bandar Shicheng dan bandar Hecheng.
tasik2
Sebenarnya, Tasik Qiandao ialah tasik buatan manusia yang diwujudkan untuk membina Takungan Xin’anjiang pada tahun 1959.
Menurut catatan sejarah kerajaan tempatan, Kementerian Tenaga dan Industri China memutuskan pembinaan satu stesen janakuasa Xin’anjiang pada tahun 1955 dan memilih kaunti Chun’an dan Jiande sebagai tempat pembinaan stesen janakuasa tersebut.
tasik4
Pada tahun 1959, Sungai Xin’anjiang dibendung dan Tasik Qiandao dibentuk. Kedua-dua bandar, iaitu bandar Shicheng dan bandar Hecheng yang terletak di tepi Sungai Xin’anjiang ditenggelami oleh tasik dan terus hilang.
tasik3
Kedua-dua bandar merupakan pusat perniagaan dalam Dinasti Tang (618-907).
Sebahagian besar bandar masih wujud dengan baik dan pemandangan yang unik itu telah menarik perhatian ramai.

0 comment... add one now