Tak Mahu Kaki Berbau Busuk, Atasi Masalah Elak Makan Makanan Ini

Screen Shot 2016-06-03 at 5.03.47 PM
Punyalah payah kalau ada kaki jenis berbau ni. Yelah, bila nak ke majlis yang memerlukan anda membuka kasut kan dah ‘busy’. Takut orang muntah pula bila terbau kaki anda tu. Hihi!
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya anda boleh atasi masalah kaki berbau tu dengan menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.
Berikut merupakan makanan yang perlu dielakkan:
1. Kurangkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi kerana gula menggalakkan lagi pembiakan kulat pada badan.  Contohnya seperti; buah anggur dan blueberry mempunyai kandungan gula yang tinggi.
2. Kurangkan makanan yang mengandungi yis seperti; keju, yis roti, cendawan, cuka dan kicap.
3. Pengambilan makanan kekacang juga perlu dikurangkan.
Makanan yang patut diambil:
1. Cendawan shitake satu-satunya cendawan yang elok dimakan kerana ia kaya dengan kandungan beta glucan yang membantu mengurangkan jangkitan kulat.
2. Makan lebih banyak bawang dan bawang putih. Makanan ini adalah antara makanan anti-bakteria dan anti-kulat.
3. Makan sekurang-kurangnya 250gram sehari yogurt rendah lemak yang mengandungi asidofilus dan bifidus.
Sumber: Mingguan Wanita

0 comment... add one now